awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Lapan calon berusia bawah 30 tahun

Bernama
Bernama
26/02/2022
11:20 MYT
PRN Johor: Lapan calon berusia bawah 30 tahun
Seramai lapan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berusia bawah 30 tahun dengan dua individu merupakan calon paling muda. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seramai lapan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berusia bawah 30 tahun dengan dua individu merupakan calon paling muda.
Mereka ialah calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muhammad Airel Zabridin yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan wakil Barisan Nasional (BN) Kelly Chye Pei Yee di DUN Mengkibol, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.
Selain Muhammad Airel, Pejuang turut menampilkan seorang lagi calon muda iaitu Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal, 27, yang merebut kerusi DUN Sungai Balang.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: 239 calon bertanding, calon termuda bukan dari MUDA
Tiga calon lain berusia 27 tahun ialah Muhamad Fikri Musa (DUN Parit Raja) dan Amira Aisya Abd Aziz (DUN Puteri Wangsa) kedua-duanya daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), serta calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Muhamad Hanis Asmui Md Salleh yang bertanding di kerusi DUN Maharani.
Seorang lagi calon MUDA ialah Muhammad Rasid Abu Bakar berusia 28 tahun yang merebut kerusi DUN Larkin manakala calon PKR Omar Mokhtar A Manap, 29, bertanding di DUN Johor Lama.
Secara keseluruhan, terdapat 63 calon berusia 40 tahun dan ke bawah yang bertanding pada PRN Johor, dengan BN mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 14 individu, diikuti PN (13), Pejuang (11), Pakatan Harapan (10), MUDA (7), PKR (4) dan PBM (2).
Dua lagi calon ialah daripada Parti Warisan (Warisan) iaitu Lee Ming Wen, 38, yang bertanding di kerusi DUN Bukit Batu dan calon Bebas, Mohd Azwan Abd Rahman (DUN Kempas). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#calon bawah 30 tahun
#Pejuang
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan