Skip to main content

Politik

PRN Johor: Lebih 40 peratus keluar undi setakat 1 tengah hari

JOHOR BAHRU, 7 Julai –- Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.  Sebanyak 24,751 pengundi awal melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi di 64 pusat mengundi awal di seluruh negeri.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 1 tengah hari tadi. - Gambar Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sedili, masing-masing mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 50.5 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat pada kadar 48.6 peratus.

Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 32.2 peratus, DUN Bentayan pada kadar 32.6 peratus manakala DUN Simpang Jeram mencatatkan 35.2 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 34.51 peratus atau 888,605 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement