JOHOR BAHRU: Selepas hanya mengutus surat-surat terbuka buat pengundi, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang ke Kluang pada Khamis, bagi membantu kempen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, meskipun dinasihatkan doktor mengenai risiko kesihatannya ekoran COVID-19.
Pada usia 97 tahun, Pengerusi Pejuang yang baru pulih daripada sakit ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hadir makan tengah hari bersama Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina, sebelum menghadiri program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam.
Namun, mampukah kehadiran Dr Mahathir membantu Pejuang untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang kali pertama disertainya? Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua majlis berkenaan tidaklah menarik perhatian begitu ramai hadirin, namun ia pastinya menyuntik semangat buat jentera parti itu.
Pejuang meletakkan 42 calon di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor ini.
Ketua Pejuanita Muda Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata kehadiran bekas perdana menteri itu, sememangnya menyuntik semangat jentera untuk mengharungi baki kira-kira seminggu tempoh berkempen.
"Selepas kita siarkan secara langsung di laman sosial, kita dapat banyak lagi permintaan di media sosial minta Tun turun di DUN mereka, jadi apabila Tun datang, momentumnya sangat hebat untuk jentera dan rakyat setempat," katanya kepada Bernama.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Ketika berucap pada majlis berkenaan, Dr Mahathir melahirkan rasa syukur kerana berpeluang hadir ke Johor, dan menyatakan tiada apa yang ingin dilakukannya selain berkhidmat untuk negara dan rakyat, khususnya dalam menghapuskan gejala rasuah serta salah guna kuasa.
Menurut Nurul Ashikin, Pejuang konsisten dalam matlamatnya untuk mewujudkan pentadbiran yang bebas rasuah, selain aspirasi parti itu untuk mengutamakan ekonomi rakyat dan merapatkan jurang ekonomi antara daerah di Johor, serta meraikan bakat anak muda.
"Kita nampak penerimaan rakyat agak positif terhadap Pejuang, insya-Allah tidak mustahil kita akan berjaya membentuk kerajaan," tambahnya.
Kesungguhan Dr Mahathir dan kebergantungan Pejuang kepada bekas Perdana Menteri itu, boleh dilihat kepada usaha beliau mengutus empat surat terbuka kepada pengundi PRN Johor sehingga kini, berikutan kekangan untuk kerap turun ke Johor.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammed Fauzi Othman berpendapat Dr Mahathir sememangnya dihormati rakan dan lawan selain pemikirannya masih tajam, namun pengaruhnya kini tidak sekuat dahulu terutama dalam isu denyut nadi rakyat dan mengangkat isu rakyat.
Menurutnya Pejuang sebagai parti baharu juga belum cukup dikenali dan tiada 'track record', menyukarkan parti itu untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas mengenai calon atau parti pilihan pengundi, beliau berkata secara umumnya masyarakat Malaysia masih belum mencapai hirarki Keperluan Maslow yang lebih tinggi, dengan menjadikan soal integriti, alam sekitar dan keadilan sosial sebagai keperluan yang mendesak.
"Mereka masih lagi di tahap satu dan dua hirarki Keperluan Maslow, yang masih sibuk dengan soal keperluan asas seperti nafkah hidup, perumahan, bantuan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Justeru, modal bebas rasuah dan salah guna kuasa ini, rasanya hanya laku kepada masyarakat bandar dan elit sahaja," tambahnya.
Teori Hirarki Keperluan Maslow yang dikemukakan Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan menyatakan, individu termotivasi untuk memenuhi keperluan asas sebelum bergerak ke keperluan lain yang lebih maju.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor dengan pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Selepas hanya mengutus surat-surat terbuka buat pengundi, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang ke Kluang pada Khamis, bagi membantu kempen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam PRN Johor. - Gambar fail/BERNAMA
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.
Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'
PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.
Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu
Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.