JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan memberi fokus kepada usaha memacu kembali ekonomi Johor yang terjejas akibat pelbagai isu selain meningkatkan semula pendapatan rakyat jika diberi mandat mentadbir kembali negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac depan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata fokus gabungan itu untuk memakmurkan semula ekonomi akan digunakan dalam kempen PRN kali ini.
"Isu setempat adalah poket. Itu pokoknya, kalau tiada duit macam mana (rakyat) hendak jalankan kehidupan serta sara keluarga, pendidikan dan sebagainya. Maka kita perlu 'reset' atau 'reboot' seperti komputer yang 'hanging', kita tekan 'power button' maka perisian itu berjalan semula.
"Saya rasa inilah cita rasa rakyat yang akan ditafsirkan kepada kemenangan BN pada PRN ini," katanya semasa menjadi tetamu program Suara Johor terbitan Bernama TV pada Ahad.
Menyentuh pencalonan Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar bagi BN, Nur Jazlan yakin dengan kriteria dimiliki beliau untuk memimpin serta memajukan Johor sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRN itu.
"Paling penting sekali, Hasni adalah seorang pemikir strategik jadi beliau akan memfokus kepada pembangunan jangka panjang secara holistik daripada pelbagai aspek ekonomi, sosial dan sebagainya," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Nur Jazlan berkata fokus gabungan itu untuk memakmurkan semula ekonomi akan digunakan dalam kempen PRN kali ini. - Foto BERNAMA

Impak harga barang, miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
8 daripada 10 responden atau 75.8 peratus berpendapat bahawa kenaikan harga barang telah menyukarkan mereka membeli barangan keperluan seisi keluarga sekali gus perlu mengurangkan saiz hidangan.

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.