awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Muda akan putuskan isu kerjasama, pencalonan - Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/01/2022
11:58 MYT
PRN Johor: Muda akan putuskan isu kerjasama, pencalonan - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, kepimpinan pusat Muda akan mengadakan mesyuarat malam ini dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat. - fotoBernama
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebarang keputusan mengenai pendirian parti dalam menghadapi pilihan raya negeri Johor akan datang, akan dibuat secara kolektif oleh kepimpinannya.
Menurutnya, kepimpinan pusat Muda akan mengadakan mesyuarat malam ini dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Akan dibincangkan dengan barisan kepimpinan. Apa yang penting keputusan itu ialah keputusan bersama. Nasib saya, nasib parti, diputuskan bersama.
"Ini bukan parti Syed Saddiq, ini parti rakyat Malaysia dan kita akan bincang bersama," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR
Semalam, media melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH berhasrat mewujudkan kerjasama parti pembangkang di kesemua 56 kerusi DUN di Johor.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya, dipanggil polis untuk dirakam keterangan di IPD Dang Wangi.
Mereka disiasat berkaitan perhimpunan penyerahan memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim yang berlangsung di Parlimen, minggu lalu.
Kata Syed Saddiq, beliau pelik apabila disiasat berhubung perkara itu kerana perhimpunan berkenaan diadakan aman dan teratur di Parlimen.
"Kami tidak berada di sana untuk membuat rusuhan kerana niat kami hanya menyuarakan cadangan kepada kerajaan tentang cara menangani banjir pada masa hadapan.
"Yang peliknya kita disiasat sedangkan kita membawa cadangan dan jalan penyelesaian, bukan protes atau merusuh," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan.
Khamis lepas, Muda menyerahkan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim kepada Ahli-Ahli Parlimen yang disampaikan kepada Anwar di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#PRN Johor
#Anwar Ibrahim
#Parti Ikatan Demokratik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan