JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengundian pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dalam satu kenyataan malam ini, presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu amat penting memandangkan terdapat hampir 100,000 pengundi Johor yang berada di Singapura ketika ini.
Kemudahan kaedah pengundian pos, jelas Ahli Parlimen Jerlun itu, harus mengambil kira penghantaran kertas undi dengan mudah, telus dan menepati masa untuk sampai ke pusat-pusat pengiraan undi.
“Keupayaan untuk mereka pulang mengundi tentunya terhad lebih-lebih lagi jika mereka sudah pulang bercuti sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina awal minggu ini.
“SPR tentunya faham bahawa kegagalan untuk mempermudahkan undian kepada begitu ramai pengundi yang berada di seberang Selat Tebrau merupakan satu penafian hak mereka sebagai rakyat dan menjejas demokrasi yang kita dukung bersama,” katanya lagi.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Mukhriz berkata, segala usaha perlu dibuat bagi mencapai jumlah peratusan keluar mengundi yang tinggi, supaya Kerajaan Johor yang bakal terbentuk nanti benar-benar mendapat mandat golongan teramai dalam kalangan Rakyat Johor.
Pada 2 Februari lepas, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pengundi Johor yang bekerja di Singapura boleh memohon untuk menjadi pengundi pos pada PRN Johor tidak lama lagi.
Beliau berkata, pengundi terbabit boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh yang akan dimaklumkan SPR selepas mesyuarat khas berhubung PRN berkenaan pada 9 Februari ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, SPR juga perlu lebih agresif dalam membuat hebahan melalui media perdana dan sosial bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi baharu akan hak dan kepentingan mereka untuk mengundi nanti.
Selain itu, katanya lagi, Pejuang ingin menyarankan agar hari mengundi diadakan pada Sabtu, supaya tiada keperluan untuk pengundi mengambil cuti bagi menunaikan tanggungjawab.
Mukhriz berkata, Pejuang turut berpendapat calon-calon perlu diberi peluang menyantuni rakyat di lapangan dengan SOP yang jelas dan adil kepada semua pihak.
“Ini bagi memastikan semua parti dapat berkempen secara berkesan, dan tiada mana-mana parti yang menggunakan kedudukan mereka untuk memonopoli atau mengawal media arus perdana hingga mengakibatkan laporan yang berat sebelah dan tidak menyeluruh.
“Keupayaan untuk calon dan jentera kempen menyantuni rakyat dan menerangkan mengenai parti mereka adalah penting supaya pengundi membuat keputusan berdasarkan fakta.
“Jangan dibenarkan pihak-pihak yang punyai kepentingan politik memesongkan demokrasi dengan memaksa agensi kerajaan bertindak secara tidak demokratik,” tegasnya lagi.
Mukhriz berkata, PRN Johor perlu berlangsung dengan teratur dan adil bagi semua pihak dan Pejuang yakin SPR mampu memikul tanggungjawab itu supaya sistem demokrasi negara ini, terlihat lebih cekap dan telus.
Firdaus Azil
Sat Feb 05 2022
Mukhriz berkata, undi pos amat penting memandangkan terdapat hampir 100,000 pengundi Johor yang berada di Singapura ketika ini. - Gambar fail
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".