SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai individu yang 'ketandusan kecerdasan' apabila terus menjadikan istilah 'kluster mahkamah' ciptaannya sendiri untuk menyerang pemimpin UMNO.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sedangkan tiada seorang pun yang digelar ‘kluster mahkamah’ itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau mempunyai kaitan dengan pentadbiran negeri itu.
"Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan. Siang dan malam, tidur tak lena, mandi tak basah kerana dibayangi dengan 'kluster mahkamah'.
"Rupanya penglibatan Bersatu dalam PRN Johor hanya untuk menentang 'kluster mahkamah'. Tiada rencana konkrit, lakaran masa depan dan cita-cita yang segar," katanya dalam hantaran Facebook pada Sabtu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'PRN Johor bukan untuk bereksperimen'
BACA: PRN Johor: Saya pengkhianat? Ini pula senarai pengkhianatan UMNO, BN - Muhyiddin
Catatan di laman sosial Mohamed Khaled itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin yang mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang 'kluster mahkamah' daripada kembali berkuasa ialah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.
Mohamed Khaled dalam masa sama turut mengingatkan bekas Perdana Menteri itu untuk tidak mengheret rakyat Johor ke kancah ketidaksukaan beliau terhadap tokoh tertentu.
Jelasnya, keutamaan rakyat Johor ketika ini adalah memilih kerajaan yang stabil dan boleh memulihkan semula ekonomi negara selepas dilanda pandemik Covid-19 sejak lebih dua tahun lalu.
"Bekas Perdana Menteri kelapan sedang berhadapan dengan krisis paling besar dalam perjalanan politik beliau. Setelah kehilangan sokongan sebagai Perdana Menteri, tewas di Melaka, gagal bertapak di Sarawak, kecundang dalam usaha memikat kerjasama dengan UMNO, beliau kini hanya ada Pas sebagai sandaran.
"Ini kerana dari sehari ke sehari, semakin ramai pimpinan dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti. Karma talkin beliau terhadap UMNO kembali menghantui Bersatu. Semuanya ciptaan beliau sendiri, bukan orang lain," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sat Feb 12 2022

MOHAMED KHALED: "Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan. Siang dan malam, tidur tak lena, mandi tak basah kerana dibayangi dengan 'kluster mahkamah'." - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

PRN Johor: Khaled Nordin antara terawal di pusat mengundi SK Taman Rinting 1
Naib Presiden UMNO itu salah seorang dari 103,598 pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab di kerusi itu.

BN jelas dengan konsep perkongsian kuasa - Mohamed Khaled
"Kestabilan itu hanya boleh dicapai melalui BN kerana daripada segi pendekatan BN, kita menekankan kepada soal integrasi."

PRN Johor: Muhyiddin ketandusan kecerdasan - Khaled Nordin
Kata Mohamed Khaled, Muhyiddin terus menjadikan istilah 'kluster mahkamah' ciptaannya sendiri untuk menyerang pemimpin UMNO.

Calon MCA tanding di DUN Johor Jaya
Calon MCA dijangka menentang calon DAP sekali gus menyaksikan pertembungan tradisi antara kedua-dua parti tersebut.

PRN Johor: Tiada faedah terus layan Pas - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, yang akan menentukan kemenangan BN ialah sokongan masyarakat majmuk Johor.

PRN Johor: Khaled Nordin sahkan tidak bertanding, beri laluan kepada muka baharu
Mohamed Khaled pilih beri laluan pada muka baharu supaya mereka lebih terdedah dengan keadaan politik semasa di Johor.

PRN Melaka: 'Muhyiddin, henti canang diri sebagai mangsa khianat UMNO' - Khaled Nordin
Khaled mengingatkan Muhyiddin mengenai erti pengkhianatan sebenar, dengan memetik episod Langkah Sheraton sehingga tumbangnya PH.

PRN Melaka: 'Antara Pas dan BN, orang tahu siapa lebih ekstrem' - Khaled Nordin
Mohamed Khaled berkata, Pas cuba kelihatan sederhana hari ini demi terus bersama dengan Kerajaan

PRN Melaka: UMNO tak pernah sibuk nak damaikan Pas dengan Amanah - Khaled Nordin
Slogan 'Muafakat Nasional demi perpaduan Ummah' hanya halwa telinga, namun hakikatnya dalam politik, kepentingan lain jadi keutamaan.

Ahli Parlimen UMNO dalam PN masih ada ruang dalam parti - Khaled Nordin
Semua Ahli Parlimen UMNO di dalam Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai ruang dalam parti itu meskipun keputusan yang diambil bertentangan dengan keputusan parti.