awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Pas ada strategi tersendiri sasar kemenangan

Bernama
Bernama
28/02/2022
00:20 MYT
PRN Johor: Pas ada strategi tersendiri sasar kemenangan
Idris Ahmad berkata parti itu yakin dapat memenangi semua kerusi itu, berdasarkan strategi berkenaan. - Foto BERNAMA
TAIPING: Pas mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Naib Presiden Pas Senator Datuk Idris Ahmad berkata, parti itu yakin dapat memenangi semua kerusi itu, berdasarkan strategi berkenaan.
"Pas ada strategi sendiri...Jentera kita sedang bekerja keras di lapangan bagi membolehkan calon-calon PAS yang bertanding, mampu menyumbangkan kemenangan dalam PRN Johor.
"Tidak bolehlah beritahu apa rahsia strategi Pas. Kalau beritahu strategi nanti jadi tragedi," katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar di sini pada Ahad.
Katanya parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada PRN Johor, turut saling bekerjasama dengan baik bagi memastikan kerusi yang ditandingi itu dapat dimenangi, selain PAS mempunyai rahsia strategi gerak kerja yang sendiri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#strategi sendiri
#PRN Johor
#Johor Memilih
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan