awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Pejuang tanding 42 kerusi DUN

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2022
04:11 MYT
PRN Johor: Pejuang tanding 42 kerusi DUN
Saharuddin (tengah) dan ahli Pejuang lain menunjukkan risalah parti itu selepas merasmikan pejabat SPP Sekijang, Segamat Baru, Segamat. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Bendahari Agung Pejuang, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk bertanding secara solo atau berganding dengan Pakatan Harapan (PH).
"Pejuang cadang bergerak secara solo dalam PRN ini kerana percaya akan menang di kerusi yang kita tandingi. Perbincangan dengan PH dalam peringkat akhir dan Pejuang akan putuskan nanti selepas meneliti beberapa perkara.
"Kita yakin orang Melayu akan memilih Pejuang. Jika menang kita akan bentuk kerajaan sendiri walaupun dua pertiga majoriti menang atau 36 kerusi DUN negeri sudah boleh membentuk kerajaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
PRN Johor akan menyaksikan Pejuang bertanding dalam pilihan raya buat kali pertama selepas menolak untuk bertanding dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.
DUN Johor dibubarkan pada Sabtu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.
Saharuddin yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, keyakinan Pejuang mampu menarik sokongan Melayu adalah berasaskan program yang dibuat parti itu menerusi siri jelajah Tebuk ke seluruh negeri sejak hujung tahun lalu.
Beliau memberitahu, program yang bermula November lalu memperkenalkan moto parti Berintegriti, Bersih, Cekap dan Amanah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Pejuang
#kawasan majoriti Melayu
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan