JOHOR BAHRU: Semua petugas media dinasihati supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 ketika membuat liputan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, petugas media mesti mematuhi setiap SOP memandangkan mereka juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar SOP berkenaan.
Beliau berkata, denda dan kompaun boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk pemimpin negara dan parti politik sekiranya siasatan mendapati seseorang itu telah melanggar SOP, termasuk peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Tentang SOP, ia bukan benda baharu... dah lama digazetkan dan undang-undang tidak memilih sesiapapun dan itu kita harus hormati. Tiada siapa dikecualikan termasuk Perdana Menteri, Menteri (Kabinet) pun kena bayar kompaun jadi pengamal media tidak terkecuali.
"Anggaplah ia satu peringatan bahawa SOP perlu dilaksanakan kepada setiap orang... tidak terlalu sukar untuk semua pihak mematuhi SOP kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), satu kemudahan yang diwujudkan bagi liputan PRN Johor di Hotel Grand Paragon, di sini hari ini.
Turut mengiringi beliau, Pengerusi Bernama, Senator Datuk Ras Adiba Radzi; Ketua Pengarang, Khairdzir Md Yunus dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita, Harlina Samson.
Annuar berkata demikian ketika mengulas mengenai kompaun RM1,000 yang dikenakan ke atas seorang petugas media sementara seorang lagi diberikan amaran terakhir setelah didapati melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika membuat liputan di pusat penamaan calon di Dewan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru, pagi tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh itu berharap agar semua pihak terlibat khususnya mereka yang bertanding menyediakan tempat dan jadual aktiviti masing-masing kepada petugas media bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.
Ditanya mengenai kemungkinan debat terbuka diadakan menerusi siaran televisyen kerajaan, Annuar berkata debat terbuka seumpamanya tidak sesuai untuk disiarkan memandangkan saluran berkenaan bersifat nasional.
"Belum ada sebarang rancangan untuk diadakan debat di televisyen. Kita dalam menghadapi PRN Johor banyak parti, ada pertandingan tujuh, lima penjuru... jadi nak debat antara siapa? Terlalu banyak dan kita tidak boleh pilih kasih jadi biarlah ia bersifat nasional, kalau Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin dipertimbangkan," katanya.
Terdahulu, Annuar meluangkan masa kira-kira dua jam melawat Pusat Operasi PRN Johor Bernama, Pusat Media KKMM dan bilik operasi Malaysia Gazette.
Annuar turut tampil dalam program siaran langsung "Temu Bual Santai Bicara Bola Sepak" yang bersiaran dari Studio Mini Bernama TV di hotel yang sama. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Tan Sri Annuar Musa melawat Pusat Operasi Bernama sempena PRN Johor, hari ini. Turut kelihatan Pengerusi Bernama, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Jurufotografi Bernama, Zid Omar. - Gambar BERNAMA
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.