JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) mengemukakan 41 calon muka baharu daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon dikemukakan adalah terdiri daripada 50 calon lelaki dan enam wanita yang berkelayakan serta berpengalaman.

Jelas Muhyiddin lagi, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) diperuntukkan sebanyak 33 kerusi, Pas (15), manakala Gerakan pula akan bertanding di lapan kerusi.

“Bagi kita pada hari ini dengan adanya keputusan yang telah dibuat parti masing-masing, mereka telah mengambil langkah untuk mengenal pasti siapakah ahli yang ada di peringkat Johor, yang dianggap sesuai, dan layak dari pelbagai sudut untuk ditampilkan (sebagai calon).

“Ini adalah satu perkara yang membuktikan bahawa kita memandang serius sesiapa sahaja yang akan kita ketengahkan dan ditentukan nasibnya oleh pemilih.

“Mereka yang layak bertanggungjawab, berpengalaman, berkelulusan dan berhemah tinggi. (Mereka juga) sanggup memikul beban yang berat untuk menganjak pembangunan Johor yang lebih cerah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika memperkenalkan calon PN PRN Johor, di sini pada Khamis.

SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI

Hadir sama Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bersatu memenangi 11 kerusi DUN, manakala Pas memenangi satu kerusi daripada 40 DUN yang ditandingi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata semua calon PN yang dipilih perlu mengangkat sumpah atau aku janji untuk tidak terlibat dengan rasuah dan salah laku.

Langkah tersebut, jelas bekas Perdana Menteri itu adalah usaha membentuk kerajaan yang bersih di Johor.

“Apabila mereka terpilih untuk calon PRN, antara langkah pertama bahawa setiap calon akan mengambil sumpah atau aku janji untuk menolak segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan berpegang kepada prinsip akan melaksanakan amanah yang sejujurnya,” ujarnya lagi.

Berikut senarai penuh calon-calon PN:


N.01 Buloh Kasap: Noor Azman Mat Diah (Bersatu)

N.02 Jementah: Maimunah Safwah Musa

N.03 Pemanis: Uzzir Ismail

N.04 Kemelah: Normala Sudirman

N.05 Tenang:Ahmad Humaizi Uzir

N.06 Bekok:  Tan Lek Khang

N.07 Bukit Kepong: Datuk Dr Sahruddin Jamal

N.08 Bukit Pasir: Muhd Nur Iqbal Abd Razak

N.09 Gambir: Mohd Solihan Badri

N.10 Tangkak: Dr Chong Fat Full

N.11 Serom: Rahmat Daud

N.12 Bentayan: Tan Kok Hong

N.13 Simpang Jeram: Zarul Salleh

N.14 Bukit Naning: Mahadzir Abu Said

N.15 Maharani: Abdul Aziz Talib

N.16 Sungai Balang: Zainudin Sayuti

N.17 Semerah: Datuk Ariss Samsuddin

N.18 Sri Medan: Othman Kepol

N.19 Yong Peng: Yong Fui Ling

N.20 Semarang: Shazani A. Ahmad

N.21 Parit Yaani: Ahmad Nawfal Mahfuz

N.22 Parit Raja: Zulkifli Mat Daud

N.23 Penggaram:  Sia Wee Yet

N.24 Senggarang: Khairul Faizi Ahmad Kamil

N.25 Rengit: Mohammad Huzair Lajis

N.26 Machap: Azlisham Azahar

N.27 Layang Layang: Alagenthiran Krisnan
(Bersatu)

N.28 Mengkibol: Wong Chan Giat

N.29 Mahkota: Mohamad Nor Lingan

N.30 Paloh: Selvendran Velu

N.31 Kahang: Daud Yusof

N.32 Endau: Alwiyah Talib

N.33 Tenggaroh: Roslan Nikmat

N.34 Panti: Hassan Rasid

N.35 Pasir Raja: Jawahir Husein

N.36 Sedili: Hasnolhadi Sebalas

N.37 Johor Lama: Mohammad Alias Rasman

N.38 Penawar: Mohd Faizal Asmar

N.39 Tanjung Surat: Selamat Ujud

N.40 Tiram: Dr Karim Deraman

N.41 Puteri Wangsa: Loh Kah Yong

N.42 Johor Jaya: Datuk Dr Ker Ching Sheng

N.43 Permas: Tazul Ariffin Nasri

N.44 Larkin: Zulkifli Bujang

N.45 Stulang: Yap Chiang Youis

N.46 Perling:  Koo Shiaw Lee

N.47 Kempas: Nur Faizal Abdullah

N.48 Skudai: Khoo Kong Ek

N.49 Kota Iskandar: Samsudin Ismail

N.50 Bukit Permai: Tosrin Jarvanthi

N.51 Bukit Batu: Tan Heng Choon

N.52 Senai: Yeo Kwee Wang

N.53 Benut: Datuk Isa Ab Hamid (Bersatu)

N.54 Pulai Sebatang: Abdullah Husin

N.55 Pekan Nanas: Datuk Tan Chin Hock

N.56 Kukup: Mahathir Iskandar Muhammad