BATU PAHAT: "Saya ingin menghabiskan hidup saya untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Biarpun Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri), tidak ada yang membezakan seorang wakil rakyat itu".
Demikian luahan calon Barisan Nasional (BN) di DUN Rengit Datuk Mohd Puad Zarkashi yang berpegang teguh kepada pendirian, tiada sebarang 'downgrade position' atau menurunkan taraf baginya seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila membuat penampilan semula di pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini walaupun pernah menjadi Ahli Parlimen.
"Ada orang bertanya adakah saya tidak terasa 'downgrade', dulu Ahli Parlimen, tiba-tiba bertanding DUN, jawapan saya mudah tidak ada yang membezakan sebagai seorang wakil rakyat, tidak ada antara dua darjat, yang membezakan adalah sama ada dia komited menjalankan tugas YB (Yang Berhormat) ataupun tidak," kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu kepada Bernama, baru-baru ini.
Mohd Puad pernah bergelar Ahli Parlimen selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) di kerusi Parlimen Batu Pahat menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12,968 undi.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR
Beliau bertanding pada PRU13 bagi mempertahankan kerusi itu, namun tewas kepada calon PKR Datuk Mohd Idris Jusi, dengan majoriti 1,524.
Beliau tidak dicalonkan pada PRU14 dan digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah.
Dalam PRN Johor kali ini, fokus utama Mohd Puad adalah mengetengahkan impian '4K@Rengit' yang menumpukan empat kunci utama iaitu Kesejahteraan, Kesihatan, Kecergasan dan Keceriaan sebagai menifesto beliau dalam menambat hati pengundi di DUN itu.
Antara inti pati impian itu adalah pembinaan rumah-rumah kos rendah dan mampu milik, membina pusat dialisis di dalam DUN itu, pembangunan sukan sepak takraw dan petanque serta mengecat semula bangunan kedai di Pekan Rengit.
Beliau juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan projek penyusunan semula penempatan Orang Asli di DUN Rengit yang tertumpu kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan itu.
DUN Rengit menyaksikan saingan empat penjuru antara Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menentang calon PKR Khairuddin A Rahim yang memenangi kerusi DUN Senggarang pada PRU14.
Dua lagi calon bertanding di DUN Rengit ialah Mohd Huzair Lajis yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Fokus utama Mohd Puad adalah mengetengahkan impian '4K@Rengit' yang menumpukan empat kunci utama iaitu Kesejahteraan, Kesihatan, Kecergasan dan Keceriaan sebagai menifesto beliau dalam menambat hati pengundi di DUN itu. - Gambar fail
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.
UMNO tidak perlu adakan EGM - Puad Zarkashi
Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata adalah lebih baik UMNO melaksanakan 'post mortem' terperinci di semua peringkat.
Ismail Sabri gagal bezakan idealisme dengan 'uslub' - Puad
Ahli MKT UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub).
Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Puad
Tindakan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO tidak akan menyelesaikan isu terutama sokongan orang Melayu kepada UMNO.