awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 'Saya terkilan mesej tular dakwa tarik diri bertanding' - Alwiyah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/02/2022
07:20 MYT
PRN Johor: 'Saya terkilan mesej tular dakwa tarik diri bertanding' - Alwiyah
Alwiyah yang merupakan calon dari Bersatu itu sememangnya terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab. - Astro AWANI
MERSING: Permulaan hari penamaan calon dikejutkan dengan mesej tular yang mendakwa calon Perikatan Nasional, Alwiyah Talib, menarik diri untuk bertanding.
Alwiyah yang merupakan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sememangnya terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya dimaklumkan oleh penyokong tentang kononnya saya tarik diri, menerusi mesej tular di WhatsApp.
"Saya yakin ini provokasi awal dan lebih banyak lagi akan mendatang," katanya ketika ditemui selepas selesai proses penerimaan calon.
Alwiyah dalam masa sama menyatakan, perkara itu tidak akan menjejaskan aktiviti berkempen berikutan rakyat yang mampu untuk menilai.
Bercakap mengenai usahanya untuk mempertahankan kerusi tersebut, Alwiyah berkata, beliau mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.
Perkara itu juga menjadi bukti untuk menjawab segala spekulaai yang terkait terhadapnya.
"Dalam tempoh tiga tahun saya berkhidmat kepada penduduk dengan merencanakan segala program yang memanfaatkan mereka di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mengetengahkan dua isu iaitu soal integriti dan juga kebajikan masyarakat di Endau yang menjadi keutamaan saya.
"Mereka (rakyat) tidak bergantung pada lambang parti, generasi muda juga dah bijak menilai.
"Anak muda pun dah celik teknologi jadi saya yakin akan terima sokongan hebat untuk saya pertahankan kerusi Endau," katanya lagi.
Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Youzaimi Md Yusof yang menyimpan hasrat untuk merampas kembali kerusi tersebut.
Selain itu, tiga lagi calon yang bakal didepani merupakan calon Pakatan Harapan, Mohamad Fakrulradzi Mahmud, (Pejuang) Noorhisyam Ibrahim, dan calon Bebas, Ismail Don.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Perikatan Nasional
#Alwiyah Talib
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan