JOHOR BAHRU: Selepas beberapa hari suasana politik di Johor agak ‘sunyi’, parti-parti politik kini mula menggiatkan gerak kerja masing-masing, sebagai sebahagian langkah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Berbaki enam hari lagi sebelum mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh penting, esok (4 Februari) bakal menyaksikan program politik yang lebih padat dari kalangan parti yang bertanding.
Pakatan Harapan, yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal melancarkan Bilik Gerakan Pilihan Raya dan Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi kerusi N30, Paloh.
Pada pilihan raya umum yang lepas, DUN Paloh dimenangi wakil DAP, Sheikh Umar Ali Bagharib, dengan majoriti 783 undi, menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional, Teoh Yap Kun, dan calon Bebas, M Shanmugam.
Media dimaklumkan, pelancaran dan pengumuman itu, akan disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri, iaitu Lim Guan Eng.
Selain itu, Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut turun padang, apabila beliau dijadualkan menghadiri Majlis Minum Petang bersama Presiden, di Pekan Kelapa Sawit, Kulai.
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG PRN JOHOR ADA DI SINI
LAPOR LANGSUNG PRN JOHOR DI SINI
Berdasarkan laporan sebelum ini, pengagihan kerusi antara komponen PH sudah dimuktamadkan, dengan masing-masing PKR dan Parti Amanah Negara mendapat 20 kerusi, manakala DAP sebanyak 16 kerusi.
Namun, media difahamkan, sekiranya rundingan dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuahkan hasil, berkemungkinan besar parti-parti PH bakal mengorbankan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada calon parti Muda.
Di sebelah selatan Johor juga tidak kurang hangatnya, apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bakal melancarkan Jentera Barisan Nasional Johor Wilayah Barat di Iskandar Puteri pada sebelah malamnya.
Setakat ini, Pengerusi BN Johor, yang juga Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, gabungan itu akan bertanding secara solo dalam PRN Johor, sekaligus menamatkan spekulasi bahawa akan ada kerjasama dengan Pas.
Hasni turut menzahirkan keyakinan untuk memperoleh kemenangan dua pertiga daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Johor.
Pada 1 Februari lepas, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan parti itu akan mengumumkan calonnya dalam tempoh seminggu.
Namun, parti itu juga sudah menggiatkan langkah menghadapi PRN, apabila Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sudah memulakan Jelajah Penerangan Isu Semasa di seluruh Johor bermula hari ini
Tiga komponen PN bakal bertanding kali ini, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS), namun agihan kerusi masih belum dimaklumkan lagi.
Setakat ini, Muhyiddin berkata, kesemua komponen bersetuju untuk menggunakan logo PN, manakala Anwar pula berkata, hanya PKR yang akan bertanding mengguna logo sendiri, manakala DAP dan Amanah akan menggunakan logo PH.
Firdaus Azil
Thu Feb 03 2022
Tiga parti utama bakal bertanding merebut 56 kerusi DUN Johor, iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan. - Gambar hiasan/Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".