PASIR GUDANG: Mengakui sentimen masyarakat di Johor tidak lagi sama dengan suasana sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14, itu sama sekali tidak mematahkan semangat penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung untuk memasuki penggal ketiga sebagai wakil rakyat.
Bekas Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau khuatir tentang kemungkinan pengundi tidak mahu keluar melaksanakan tanggungjawab, kerana political fatigue, serta faktor COVID-19.
Selain itu, Liow berkata, kadar pendaftaran pengundi pos di luar negara yang agak rendah, serta pengundi luar yang mungkin tidak balik ke Johor, mungkin memberi impak kepada usaha beliau untuk mempertahankan kerusi itu buat penggal ketiga.
“Ini berita baik, namun terdapat banyak cabaran juga, di Johor Selatan, kami mempunyai ramai penduduk yang bekerja di Singapura. Bagi saya pengundi yang kerja di Singapura tidak semestinya dapat balik untuk mengundi.
“Dan bagi undi pos, seluruh negeri (Johor) cuma 7,000 yang mendaftar sebagai pengundi pos. Bila kami melakukan walkabout di Johor Jaya, ramai bertanya kerana mereka hendak mendaftar undi pos,
“Namun, isunya ialah ialah tempoh bagi pendaftaran sangat singkat, ramai mereka tidak tahu apabila mereka nak daftar deadline sudah lepas,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
PROFIL DUN N42 JOHOR LAMA
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Liow mempertahankan kerusi Johor Jaya dengan majoriti yang besar, iaitu sejumlah 15,565 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Tan Cher Puk dan calon PAS, Kumutha Rahman.
Kali ini, beliau bakal menghadapi tentangan dari Chan San San (BN), Victor Chen Hain Kai (Waris) dan Dr Ker Ching Sheng (Perikatan Nasional.
Dalam PRU14, seramai 61,079 pengundi telah mengambil bahagian. Susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik, jumlah pengundi di kawasan itu kini meningkat sehingga 91,882 orang, menjadikan ia antara kerusi yang mempunyai jumlah pengundi teramai di seluruh Johor.
Berdasarkan data terkini, komposisi masyarakat di Johor Jaya terdiri dari 40 peratus kaum Melayu, 46 peratus kaum Cina, manakala selebihnya terdiri dari kaum India, serta masyarakat Sabah, Sarawak, dan lain-lain.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
SENTIMEN DAN ISU JOHOR JAYA
Liow mendedahkan kepada Astro AWANI, usaha untuk merampas sesuatu kerusi itu, adakalanya lebih mudah berbanding mempertahankannya.
Namun, dengan pengalaman sebagai ADUN di sebelah pihak pembangkang dan juga di sebelah kerajaan, serta pengalaman sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Liow masih optimis untuk mempertahankan kerusi yang pertama kali dimenanginya pada 2013..
“Selama saya jadi wakil rakyat sejak 2013, isu Lebuhraya Pasir Gudang merupakan antara isu besar. Projek menaik taraf isu ini sudah lama apabila projek ditangguh. Tanggungjawab saya pada penggal pertama, ialah memastikan projek dilaksanakan dan habis dalam waktu yang ditetapkan.
“Juga terdapat projek pembinaan Hospital Pasir Gudang. Kedua-dua ini merupakan isu paling besar, berkaitan kehidupan penduduk ini. Sebagai contoh isu Hospital Pasir Gudang, dah lama dijanjikan BN. Berapa kali pecah tanah, tapi tak mula.
“Bila Pakatan Harapan (PH) Memerintah Johor, kami telah memastikan semua kerja kerja untuk mula projek ini dibina,” katanya lagi.
ISU NASIONAL, iSU TEMPATAN, SAMA SAJA PENTING
Liow juga memahami bahawa kebiasaannya pengundi yang memilih sewaktu pilihan raya negeri lebih mahukan penyelesaian tentang isu-isu tempatan.
Namun, katanya lagi, DAP dan PH tetap akan menyemarakkan kempen mereka dengan isu-isu nasional, khususnya tentang mesej antirasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Tidak kira PRN atau PRU, saya anggap isu nasional itu penting. Kami tak boleh kata kami hadapi PRN kami tak bawa isu nasional. Selepas PRN, sekiranya BN atau UMNO menang besar dalam PRN ini, dalam masa singkat, kami anggap mereka akan mengadakan PRU.
“Ramai juga tak faham, ingat saya tak mahu undi sekarang, PRU baru undi. Tetapi, bukan apa yang berlaku sekarang ini. Bila dah mengundi untuk PRN, tiba PRU kami tidak akan mengundi negeri lagi. Jadi, ini antara perkara yang perlu diberi penerangan jelas,” tegasnya lagi.
Liow berkata, dengan kekangan kempen akibat SOP oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau dan pasukannya tidak berputus asa untuk bertemu seramai pengundi yang mungkin.
“Dalam penggal pertama, peranan saya menyuarakan suara rakyat. Bila jadi kerajaan, kami dapat menggubal dasar, terutamanya saya pegang portfolio pembangunan wanita keluarga dan masyarakat, pelancongan, kami dapat melaksanakan tanggungjawab kami lebih sempurna.
“Bagi kawasan saya di Johor Jaya, saya telah membawa perubahan, seperti memantau isu Lebuhraya Pasir Gudang, pastikan pembinaan hospital bermula, infrastruktur, penaiktarafan Pasar Taman Molek, Medan Selera Johor Jaya. Ini sewaktu saya jadi wakil rakyat,” tambahnya.
Firdaus Azil
Mon Mar 07 2022
Dengan pengalaman sebagai ADUN pembangkang, kerajaan, serta pernah menjadi EXCO, Liow Cai Tung yakin dapat pertahankan DUN Johor Jaya. - Foto Astro AWANI
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.
PRN Johor: Sentimen berbeza, namun Liow Cai Tung optimis dapat pertahan kubu Johor Jaya
Mengakui sentimen masyarakat di Johor tidak lagi sama dengan suasana sewaktu PRU14, sama sekali tidak mematahkan semangat penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung untuk memasuki penggal ketiga.
PRN Johor: DAP umum Chen Kah Eng, Liow Cai Tung tanding DUN Stulang dan Johor Jaya
DAP mengumumkan dua lagi calon parti itu untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.
Polis berkas lelaki dipercayai cuba larikan remaja perempuan di hadapan sekolah
Polis malam tadi berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian Khamis lepas di hadapan sebuah sekolah.
Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya
Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan tanah mendap juga menjadi halangan kepada laluan air di situ.