awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Tun Mahathir batal hasrat bantu kempen Pejuang, ikut nasihat doktor

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/02/2022
06:06 MYT
PRN Johor: Tun Mahathir batal hasrat bantu kempen Pejuang, ikut nasihat doktor
Menurut Tun Mahathir, beliau mungkin pulih daripada sakit sebelum ini namun kalau diserang penyakit sebegitu sekali lagi, beliau menegaskan tidak tahu apa pula nasibnya selepas itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan pergi ke Johor bagi membantu partinya berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac kelak.
Meskipun beliau menyimpan hasrat untuk berkempen namun atas nasihat doktor, beliau terpaksa membatalkan niatnya itu.
Jelasnya, sekiranya beliau dijangkiti COVID-19 dan ketika beliau kini berusia 97 tahun, risikonya lebih tinggi dan akan memudaratkan dirinya.
“Saya sudah pulih, terkejut juga kerana saya tidak fikir saya akan pulih tapi saya pulih juga. Seperti anda lihat, saya masih boleh bercakap dan berfikir kerana saya sudah pulih tapi sudah pasti pemulihan tidaklah 100 peratus.
“Doktor nasihatkan saya perlu berhati-hati kerana saya sudah 97 tahun dan kalau orang tua dijangkiti COVID-19, ia adalah bahaya buat mereka. Doktor kata saya perlu lebih berhati-hati.
“(Pergi ke Johor), saya hendak pergi Johor, tapi saya tidak boleh pergi sebab doktor tidak boleh beri jaminan yang saya tidak akan dijangkiti dan keadaan tidak teruk, disebabkan usia saya dan saya baharu pulih daripada serangan yang serius,” katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Tambahnya, beliau mungkin pulih daripada sakit sebelum ini namun kalau diserang penyakit sebegitu sekali lagi, Dr Mahathir menegaskan tidak tahu apa pula nasibnya selepas itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Aspirasi Johor Parti Pejuang Tanahair di Putrajaya pada Rabu yang turut dihadiri Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
LAPORAN KOMPREHENSIF DALAM LAPOR LANGSUNG PRN JOHOR DI SINI
Terdahulu, veteran politik ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bagi menjalani rawatan prosedur elektif pada 7 Januari, sebelum dibenarkan pulang pada 13 Januari.
Seminggu kemudian, beliau dimasukkan semula ke hospital berkenaan untuk lanjutan prosedur elektif dan dibenarkan pulang pada 5 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#PRN Johor
#kempen untuk Pejuang
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan