JELEBU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menyifatkan persaingan menentang Rosmadi Arif daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini umpama perlawanan persahabatan.
Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan itu berkata walaupun mempunyai hubungan akrab dengan Rosmadi yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Kampung Chennah, beliau tidak memandang rendah keupayaan lawan dalam pertandingan satu lawan satu itu.
"Saya melihat ini sebagai 'friendly match', perlawanan antara dua kawan...saya akan mengadakan kempen secara positif dan tidak akan membuat kenyataan yang menyerang lawan. Kempen saya atas rekod perkhidmatan dan meyakinkan pengundi di DUN Chennah untuk kemenangan PH.
"Tiada istilah anak buah lawan bos, dalam politik ini kita mesti ada semangat yang positif jadi perlu bersama meraikan demokrasi. Kempen pilihan raya ini perlu dijalankan dengan aman dan tertib," katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon DUN Chennah di SJK(C) Yuk Hua, Kuala Klawang di sini hari ini.
Pencalonan mereka diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ir Mohamad Ashrulnizam Abdul Rahim di Pusat Penamaan Calon SJK(C) Yuk Hua Kuala Klawang, Jelebu.
Loke telah melantik Rosmadi seorang ahli Bersatu sebagai Pengerusi MPKK bagi Kampung Chennah ketika PH mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2018.
Walaupun Bersatu keluar daripada PH, Rosmadi tetap dikekalkan sebagai ketua kampung sehingga pernah digelar sebagai wira Kampung Chennah kerana menyelamatkan 70 penduduk di perkampungan Orang Asli Kampung Esok ketika bencana banjir di Jelebu pada 2021.
Dalam pada itu, Rosmadi berkata walaupun Loke adalah rakan karibnya, beliau tetap optimis untuk memberikan tentangan sengit bagi kemenangan di DUN tersebut.
"Loke adalah sahabat karib dan beliau tahu membezakan antara parti dan tanggungjawab...jentera kita dah bergerak dan persaingan itu memang sengit kerana kita berlawan dengan Menteri, Setiausaha Agung DAP. Walaupun kami bersaing, sahabat tidak boleh putus," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Loke mempertahankan DUN Chennah dengan meraih 5,031 undi dalam saingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional dan Pas dengan memperoleh majoriti 1,155 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan pengundian pada 12 Ogos dan pengundian awal 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Calon DUN N.01 Chennah dari DAP Anthony Loke (kanan) bersama lawannya dari PN Rosmadi Arif selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri di Pusat Penamaan Calon SJK Cina Yuk Hua Kuala Klawang, hari ini. - Foto BERNAMA
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara diibarat memberi hadiah kepada keganasan
Ciri pemesejan peribadi Chats diperkenal di Bluesky
Sokongan media, mesej berkumpulan dan beberapa ciri keselamatan akan diperkenalkan pada Chats di masa akan datang.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.