MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mahu mengetepikan soal calon Ketua Menteri, sebaliknya memberikan tumpuan untuk kemenangan parti itu.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri menyerahkan keputusan itu kepada Majlis Presiden PH untuk menentukan calon yang layak memegang jawatan berkenaan.

Menurutnya, perkara utama ialah memberi fokus memastikan 28 calon mereka boleh menang setiap kerusi yang disertai.

"Melihat situasi lawan yang 'berpecah-belah' namun kita bersama tiga parti komponen masih utuh mengekalkan kesepakatan dan yakin dapat memberi kelebihan menawan hati rakyat.

"Kita dalam PH rasa syukur kerana ketiga-tiga parti kekal sepakat dan itu kekuatan kita.

"Bagi saya menang bukan kerana lambang, bukan kerana logo tetapi saya yakin rakyat Melaka sedang memerhatikan mereka yang mempunyai kesepakatan dan ketelusan, mereka itu akan dipilih," katanya kepada Sinar Harian di Bukit Katil, di sini, pada Rabu.

PH sebelum ini berdepan masalah kerana antara parti tu tidak sepakat mengenai calon Ketua  Menteri namun
difahamkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon pada petang Rabu.


* Berita asal di Sinar Harian