KUALA LUMPUR: Sebanyak lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan menjadi tumpuan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada kali ini kerana menyaksikan pertembungan sengit beberapa calon 'heavyweight'.

Lima kerusi DUN berkenaan adalah Tanjung Bidara, Asahan, Lendu, Sungai Udang dan Bukit Katil menampilkan pencalonan daripada seorang Timbalan Menteri dan tiga bekas Ketua Menteri Melaka.  

Bagi kerusi DUN Tanjung Bidara, ia akan menyaksikan pertembungan calon terkemuka dalam arena politik membabitkan Naib Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Pengelola Cabang PKR Masjid Tanah, Zainal Hassan.

Namun pertembungan sengit adalah antara BN yang diwakili Ab Rauf dengan Mas Ermieyati daripada Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Mas Ermieyati yang juga merupakan bekas Ketua Puteri UMNO sebelum ini mengambil tindakan mengumum keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen Bebas sebelum menyertai Bersatu.

Bagi kerusi DUN Asahan, turut menyaksikan  pertembungan enam penjuru dan semestinya perhatian akan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Idris sebelum ini menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan DUN terpaksa dibubarkan sehingga PRN terpaksa diadakan.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Perang' PRN Melaka sudah bermula

BACA: Pertembungan lebih tiga penjuru di 17 kerusi

PRN Melaka | Lima DUN jadi perhatian, tampilkan calon 'heavyweight'

Beliau sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang bersama UMNO sebelum ini kini bersama PH bagi menghadapi PRN selepas digugur keahlian parti UMNO selepas melakukan tindakan itu.

Sementara itu di kerusi DUN Lendu pula akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mewakili BN dengan Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

Di kerusi DUN Sungai Udang, BN mempertaruhkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam pertembungan empat penjuru itu.

DUN Bukit Katil pula menyaksikan pertembungan empat penjuru dan pastinya tumpuan akan diberikan kepada calon daripada PH, Adly Zahari.

Beliau merupakan bekas Ketua Menteri Melaka serta Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.