awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Terpulang pucuk pimpinan gunakan model kejayaan BN di Melaka - Ab Rauf

Fareez Azman
Fareez Azman
21/11/2021
21:30 MYT
PRN Melaka: Terpulang pucuk pimpinan gunakan model kejayaan BN di Melaka - Ab Rauf
AB RAUF: Ia bagi menzahirkan pemimpin muda memimpin kepimpinan parti nanti tatkala karier politik mereka menjangkau 20 tahun daripada hari ini. -Facebook
MASJID TANAH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada ingin menggunakan model parti itu sehingga membawa kejayaan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Jelasnya, 86 peratus muka baharu yang ditonjolkan dalam PRN itu ternyata membuahkan hasil sekali gus menjadi model terbaik buat parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
"Sewaktu membuat kajian, keperluan memberikan peluang kepada muka-muka baharu dalam PRN, semua perkiraan diambil kira.
"Ia bagi menzahirkan pemimpin muda memimpin kepimpinan parti nanti tatkala karier politik mereka menjangkau 20 tahun daripada hari ini.
"Ibu pejabat mengenal pasti tokoh muda yang diketengahkan, sebahagian daripada 86 peratus muka baharu ini adalah tokoh anak muda mempunyai kepakaran dan pencapaian akademik masing-masing.
"Rakyat sanggup bersama-sama formula diberikan pucuk pimpinan BN dan diterjemahkan pada hari semalam (Sabtu) dan terbukti telah dapat sokongan rakyat dengan 21 daripada 28 calon BN dipertandingkan," jelasnya.
BACA: PRN Melaka: 'Tidak ada salahnya saya angkat sumpah segera kerana jadual ketat' - Sulaiman
BACA: PRN Melaka: 'Saya tolak khabar angin, kami sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri' - Ab Rauf
Tambah Ab Rauf, beliau juga berterima kasih kepada rakyat Negeri Melaka yang menunjukkan sokongan kepada parti itu dalam menerajui negeri berkenaan.
"Model ini boleh digunakan dalam PRU, terserah pucuk pimpinan dengan model yang ditunjukkan BN Melaka," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di kediamannya di sini pada Ahad malam.
Barisan Nasional (BN) berjaya menawan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang ditandingi parti itu.
LIPUTAN KHAS PRN MELAKA
[LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#pemimpin muda
#muka baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan