SEREMBAN: UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian.
"Parti belum buat keputusan lagi (setakat ini), keputusan akan dibuat daripada Mesyuarat MT, jadi semua keputusan nanti kita bincang daripada syor biro politik dan pandangan lain secara teliti, pengakhirannya kita akan tengok mana beri kebaikan, masuk pilihan raya nak menang bukan nak pesta.
Apa jua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan presiden parti akan buat kenyataan, setakat hari ini tiada keputusan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO 2021, Bahagian Rembau di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau berkata sekiranya UMNO bergerak sendirian, parti itu sudah menyasarkan kerusi yang akan ditandingi namun perancangan itu akan diolah kembali jika UMNO memutuskan bekerjasama dengan parti lain.
Secara umumnya, UMNO sudah tahu mana kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding, cuma jika ada pihak lain (kerjasama parti lain) kita akan ubah semula (pembahagian kerusi).
"Ini semua terpulang kepada keputusan MT UMNO, Melaka tak ada banyak kerusi jadi tidak ada isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN... kita tak boleh kata kerusi tradisi lagi, bagi UMNO bila kita masuk PRN Melaka, kita nak menang bukan nak bermegah-megah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan rakyat Kelantan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.