awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama pelaksanaan STSDS
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: UMNO bincang calon dengan Zahid selepas pelancaran jentera BN hari ini - Ab Rauf

Bernama
Bernama
18/10/2021
20:17 MYT
PRN Melaka: UMNO bincang calon dengan Zahid selepas pelancaran jentera BN hari ini - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata saringan calon masih dibuat di peringkat bahagian dan senarai pendek belum diperincikan. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH: Isu berkaitan calon UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 Nov ini akan dibincangkan dengan presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata saringan calon masih dibuat di peringkat bahagian dan senarai pendek belum diperincikan.
''Banyak yang akan dibincang dan diperhalusi esok (hari ini) ketika presiden melancarkan jentera. Bagi kerjasama dengan parti lain, ia tertakluk kepada persetujuan peringkat tertinggi. Pun begitu BN Melaka kini bersedia menghadapi PRN pada 20 Nov ini,'' katanya.
Bercakap pada sidang media di Villa D'Acqua, Masjid Tanah di sini pada Isnin, Ab Rauf berkata perbincangan pada Selasa juga melibatkan strategi dan jentera pilihan raya parti.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh pada Isnin mengumumkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Penamaan 8 Nov, pengundian 20 Nov - SPR
Pada 4 Okt lepas, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan BN hilang majoriti di DUN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#UMNO
#Ab Rauf Yusoh
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan