awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Nama Annuar Musa, Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
10/07/2023
03:20 MYT
PRN: Nama Annuar Musa, Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura
Tan Sri Annuar Musa dan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz merupakan antara individu yang telah melepasi proses tapisan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Agung UMNO yang baru menyertai Pas, Tan Sri Annuar Musa dan anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz merupakan antara individu yang telah melepasi proses tapisan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Perkara itu disahkan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura Pas dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Terengganu kelmarin yang turut dihadiri Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin-pemimpin Pas dari negeri-negeri terlibat PRN.
Annuar dan Nik Abduh, jelas Hashim, merupakan antara beratus senarai calon yang dikemukakan dari enam negeri yang bakal menghadapi PRN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulai Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Nama Annuar dan Nik Mohamad Abduh adalah dua nama yang dicadangkan oleh Pas Kelantan dan Majlis Syura sudah membuat keputusan dalam proses tapisan.
“Terserah kepada Pas Kelantan untuk membuat keputusan selepas ini bagi menentukan kedua-duanya bakal mewakili Pas atau tidak dalam PRN pada Ogos depan,” katanya.
Difahamkan, Nik Mohamad Abduh yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok bakal diletakkan sebagai calon sama ada di kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa ataupun Kota Bharu.
Bagaimanapun, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh dilaporkan berkemungkinan tidak akan bertanding pada PRN kali ini.
Abdul Hadi dilaporkan berkata, Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu juga difahamkan tidak berhasrat bertanding pada PRN kerana lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat.
Topic Berkaitan
#PRN
#Annuar Musa
#nik abduh
#Majlis Syura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan