Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin ingatkan ahli politik jaga adab, integriti sepanjang kempen

PORT DICKSON, 20 Julai -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan), menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media berhubung penjelasan mengenai pemilihan calon PH bagi DUN Chuah di sebuah hotel, hari ini.  Turut hadir, Timbalan Ketua Cabang PKR Port Dickson, Datuk Kenny Chiew Chi Kin (kiri).  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Aminuddin bercakap dalam sidang media calon Pakatan Harapan DUN Chuah dan Sri Tanjung, di sini, pada Isnin. - Foto Bernama
Advertisement

PORT DICKSON: Semua parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) diseru mengamalkan kempen berintegriti dan politik matang serta berhemah sepanjang tempoh berkempen.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, budaya politik di negeri itu perlu mencerminkan nilai masyarakat yang menitikberatkan adat dan adab, selain memastikan semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kita kenalah berintegriti dalam berkempen. Saya rasa tunjukkan cara kempen yang baik.

“Kita dalam negeri yang beradat dan beradab, jadi (saya) berharap bahawa (semua parti politik) patuhi peraturan dan saya harap bahawa semua masyarakat melihat apa yang dilakukan oleh ahli politik semua,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian dalam sidang media calon Pakatan Harapan DUN Chuah dan Sri Tanjung, di sini, pada Isnin.

Pada Isnin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Azfanny Ahmad berkata, sepanjang tempoh dua hari berkempen pasukannya menerima tiga laporan polis berkaitan PRN16 dan dua daripada kertas siasatan itu berhubung kesalahan pilihan raya. 

Must Watch Video

Advertisement