Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Polis buka dua kertas siasatan melibatkan kesalahan pilihan raya

JELEBU, 20 Julai -- Suasana di Pekan Titi makin meriah dengan bendera parti politik dipasang menghiasi jalan-jalan utama serta kawasan tumpuan orang ramai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.  Perang bendera itu turut menjadi antara tarikan perhatian penduduk serta pengguna jalan raya dengan kempen diharap terus berlangsung dalam suasana harmoni dan saling menghormati.
Perang bendera menjadi antara tarikan perhatian penduduk serta pengguna jalan raya dengan kempen diharap terus berlangsung dalam suasana harmoni dan saling menghormati. - Foto BERNAMA
Advertisement

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Azfanny Ahmad berkata sepanjang tempoh dua hari berkempen pasukannya menerima tiga laporan polis berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dan dua daripada kertas siasatan itu berhubung kesalahan pilihan raya.

“Kes ini berlaku di Kuala Klawang, Jelebu, pengadu melaporkan bahan kempen, bendera parti PH dan banting serta banner dirosakkan dan dibuang ke dalam longkang. Selain itu, terdapat torehan pada bumper kenderaan, pengadu mengesyaki kerosakan itu dilakukan individu tidak dikenal pasti selepas pemasangan bendera parti.

“Kertas siasatan tersebut dibuka susulan dua laporan polis diterima di Kuala Klawang semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN ini kekal berada pada tahap baik dan terkawal.

Alzafny berkata setakat ini PDRM menerima 109 permohonan permit politik dan 107 permit telah diluluskan selepas memenuhi syarat ditetapkan.

Katanya PDRM akan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pematuhan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh PRN, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanpa sebarang kompromi.

Beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberi kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya di negeri ini berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan teratur.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian, manakala undi awal pada 28 Julai ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement