KUALA NERUS: Pas usah terlalu yakin dapat menawan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun mereka berjaya memenangi kesemua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu namun itu bukanlah jalan mudah untuk mereka mengulanginya.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
Katanya Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga sudah bersiap sedia dan mengambil pedoman atas apa yang berlaku pada PRU14.
"Jangan hari ini pihak Pas terutamanya merasa yakin walaupun mereka dapat ambil lapan kerusi Parlimen tetapi dengan terlalu yakin, tidak semestinya mereka dapat 32 DUN ini.
"Saya yakin dan percaya bahawa apa yang pernah berlaku pada 2004 dulu akan berulang dalam PRN ini," katanya.
Sebelum ini Pas Terengganu optimis untuk menawan 10 kerusi DUN yang kini dikuasai BN menerusi PRN akan datang.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, menerusi sasaran itu juga pihaknya yakin dapat mengekalkan pentadbirannya sekali gus menambah bilangan kerusi DUN.
Pada PRU14 lalu, BN Terengganu berjaya memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN manakala Pas pula menawan 22 kerusi.
Terdahulu enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan dun masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.
Nur Fazlizai Ali
Thu May 25 2023

Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti. - Foto fail/BERNAMA

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.

PRN Kedah: 'Ketepi ego, pembahagian kerusi BN-PH hampir sama rata' - Mahdzir
Mahdzir Khalid menjangkakan pembahagian kerusi antara gabungan berkenaan dengan PH melibatkan 36 DUN di Kedah bagi menghadapi PRN adalah sama rata.

Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai
Proses pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Pulau Pinang sudah 95 peratus selesai.

Gabungan formula taruhan PH-BN, bukan hanya status quo - Mahfuz
Mahfuz berkata, rundingan akhir kini hanya melibatkan empat kerusi atau sekitar 10 peratus yang masih belum dimuktamadkan.

Pulau Pinang sah bubar DUN 10 hari terakhir Jun
Chow Kon Yeow berkata, bagaimanapun kerajaan negeri belum mempunyai tarikh yang tetap untuk diumumkan dalam masa terdekat.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.