awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pembinaan kolej universiti tahfiz antara manifesto BN-PH Kelantan

Bernama
Bernama
04/08/2023
08:05 MYT
PRN: Pembinaan kolej universiti tahfiz antara manifesto BN-PH Kelantan
Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata majlis akan disempurnakan Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. - Gambar fail
KOTA BHARU: Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri itu esok, yang antara lain bersetuju menubuhkan Kolej Universiti al-Quran Tahfiz Sains jika diberi mandat membentuk kerajaan.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata majlis akan disempurnakan Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Md Alwi berkata lebih 10 tawaran dijangka dikemukakan oleh BN-PH Kelantan menerusi manifesto itu yang menyentuh semua lapisan masyarakat.
"Janji kita adalah janji yang akan ditunaikan. Antara yang paling menarik pembinaan Kolej Universiti al-Quran Tahfiz Sains bagi melahirkan golongan profesional yang menghafal al-Quran," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tawaran yang dikemukakan adalah jelas untuk memperbetulkan banyak kesilapan serta janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#Manifesto
#Kolej Universiti al-Quran Tahfiz Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan