awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pencalonan Harrison wakili PN bukan kejutan - Ahmad Zahid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/07/2023
08:13 MYT
PRN: Pencalonan Harrison wakili PN bukan kejutan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, spekulasi tentang Harrisson akan bertanding untuk PN telah tersebar sejak sebulan yang lalu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili Perikatan Nasional (PN), bukan satu kejutan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, spekulasi tentang Harrison akan bertanding untuk PN telah tersebar sejak sebulan yang lalu.
"Kita mendengar khabar angin mengenai perkara itu kira-kira sebulan yang lalu, tetapi apabila ia disahkan untuk bertanding atas tiket parti lain, maka mengikut Perlembagaan UMNO dan juga peraturan dalam Lembaga Disiplin parti, secara automatik tergugur keahliannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis sosial negara, pada Khamis.
Pencalonan Harrison wakili PN bukan satu kejutan - Ahmad Zahid
Ditanya sama ada Harrisson sudah meninggalkan UMNO sebelum diumumkan sebagai calon PN, Ahmad Zahid memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat berkenaan.
"Saya sudah dengar sebulan lebih awal, saya tidak terkejut.
"Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti mengikut peraturan parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, eloklah pilihan itu dibuat sendiri oleh mereka," katanya lagi.
PN pada Rabu telah mengumumkan calon untuk semua 56 kerusi di Selangor.
Harrison dinamakan sebagai calonnya untuk kerusi Jeram.
Topic Berkaitan
#harrison hassan
#UMNO
#Perikatan Nasional
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan