awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PH guna lagu rap ajak pengundi tukar kerajaan Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2023
04:10 MYT
PRN: PH guna lagu rap ajak pengundi tukar kerajaan Kelantan
Lagu yang turut mengetengahkan elemen dikir barat itu dikongsikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad melalui platform Twitter beliau pada Selasa. - Gambar fail
SHAH ALAM : Pakatan Harapan (PH) menggunakan pendekatan lagu konsep rap sebagai salah satu alternatif tarikan bagi mengajak pengundi untuk tukar kepimpinan dalam kerajaan Kelantan.
Lagu yang bertajuk ‘PRN Kelantan 2023: Mari Pakat Kito Tukar’ itu dipercayai bertujuan menarik minat pengundi Kelantan terutamanya golongan anak muda untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Lagu yang turut mengetengahkan elemen dikir barat itu dikongsikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui platform Twitter beliau pada Selasa.
Selain itu, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut memuat naik video lagu berkenaan berdurasi 3.09 minit itu menerusi akaun Youtube rasmi beliau.
Sehingga kini, tontonan video berkenaan telah mencecah sebanyak 871 tontonan sejak dimuat naik pada Selasa.
Pada Ahad, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu sebelum berakhir bulan Jun depan.
Ujar beliau, mengikut makluman yang diperolehi, kesemua negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tarikh pembubaran antara satu negeri dengan negeri yang lain tidak sama namun masih pada Jun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Kelantan
#Pakatan Harapan
#lagu rap
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan