awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PH P. Pinang akan adakan rundingan rasmi dengan BN sedikit masa lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/02/2023
09:04 MYT
PRN: PH P. Pinang akan adakan rundingan rasmi dengan BN sedikit masa lagi
Kon Yeow berkata, sebelum ini mesyuarat PH negeri ada membincangkan mengenai rundingan tersebut namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil berikutan masih belum mendapat arahan rasmi daripada PH Pusat. - Fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pakatan Harapan ( PH) Pulau Pinang dijangka akan mengadakan proses rundingan dengan Barisan Nasional (BN) negeri berhubung pilihan Raya Negeri ( PRN) selepas mesyuarat PH negeri diadakan nanti.
Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, PH Pusat sudah mengeluarkan surat arahan supaya rundingan dengan BN diadakan secara rasmi berkaitan urusan PRN.
Kon Yeow berkata, sebelum ini mesyuarat PH negeri ada membincangkan mengenai rundingan tersebut namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil berikutan masih belum mendapat arahan rasmi daripada PH Pusat .
"Kita masih belum uruskan sebab keputusan Pusat untuk mula perbincangan sudah diketahui secara rasmi, tak ada surat atau apa lah untuk menetapkan bila kita akan berbincang, tetapi mungkin saya cadang kita ada mesyuarat PH negeri dahulu.
"Sebab mesyuarat PH Pulau Pinang sebelum ini ada bincang perkara ini tetapi tidak meneruskan apa-apa usaha sebelum ini kerana belum terima arahan dari pimpinan Pusat, sekarang sudah ada, jadi dalam mesyuarat PH akan datang kita lihat macam mana kita nak melakukan perbincangan dengan BN," katanya.
Kon Yeow berkata demikian pada sidang media di George Town pada Isnin.
Sementara itu, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri negeri itu berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin negeri yang bakal mengadakan PRN pada Khamis ini selepas menerima surat jemputan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, pertemuan itu akan membincangkan mengenai penyelarasan tarikh-tarikh penting di setiap negeri seperti pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing agar PRN dapat diadakan secara serentak .
"Bukan sekadar selaraskan tarikh penting seperti pembubaran dan manakala tarikh diputuskan oleh SPR, mungkin masing-masing akan menyatakan tarikh sesuai bagi capai satu tarikh sebab tujuan mengadakan PRN secara serentak, proses utk menetapkan tarikh adalah untuk memudahcarakan dan menyeragamkan tarikh PRN. Mengikut MB Selangor semalam, rata-rata ada keinginan hendak habiskan tempoh penggal," katanya lagi.
Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan PRN selepas tidak membubarkan DUN masing-masing pada Piligan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.
Topic Berkaitan
#Piliha Raya Negeri
#PRN
#PH Pulau Pinang
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan