POLITICS
PRN Sabah: BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coalition' PH-BN-GRS - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Pemasyhuran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini. - Foto Bernama
KEPALA BATAS: Barisan Nasional (BN) akan memperhalusi cadangan pembentukan gagasan mega atau grand coalition dengan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) sedang memperhalusi cadangan pembentukan grand coalition bersama Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan kestabilan politik dan mengelakkan pertindihan kerusi.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa rundingan antara PH, BN, dan GRS masih berjalan dan belum dimuktamadkan sepenuhnya.
- Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengesahkan PH dan BN telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menghadapi PRN Sabah, namun perbincangan dengan GRS masih berlangsung.
Semalam, ketika berada di Tawau, Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata kerjasama antara PH, BN dan GRS pada PRN Sabah amat penting bagi menjamin kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.
Setakat ini, menurut Anwar kerjasama antara PH Sabah, BN Sabah dan GRS masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan, manakala kenyataan berhubung kesepakatan PH, BN Sabah sebelum ini hanya di peringkat kedua-dua parti, belum melibatkan GRS.
Sabtu lepas, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan bersama mengesahkan kesepakatan PH dan BN untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Sabah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami