awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN SABAH: Disebut calon Perdana Menteri, kata Shafie tunggu lepas pilihan raya

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
20/09/2020
10:54 MYT
PRN SABAH: Disebut calon Perdana Menteri, kata Shafie tunggu lepas pilihan raya
Shafie Apdal menyapa penyokong-penyokong beliau dalam siri jelajah kempen Warisan Plus yang diadakan di Tenom pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, sekarang bukan masanya untuk mengulas mengenai kenyataan beliau wajar diberi laluan sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan (PH) kembali menerajui kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya, kata Shafie, tumpuan beliau dan seluruh jentera parti adalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung 26 September ini.
Menurut Shafie, menjelang hari pembuangan undi kurang seminggu dari sekarang, beliau enggan menyentuh soal-soal yang tiada kaitan dengan pilihan raya.
"Tiada keperluan untuk memperkatakan soal tersebut (laluan sebagai Perdana Menteri). Kita mahu beri fokus kepada pilihanraya terlebih dahulu. Kita akan lihat perkara itu selepas pilihan raya (PRN Sabah),” katanya yang ditemui dalam siri jelajah kempen Warisan Plus yang diadakan di Tenom pada Ahad.
Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan agar laluan diberi kepada Shafie untuk menjadi Perdana Menteri dan meminta agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur.
Dalam wawancara bersama sebuah portal berita, Guan Eng berkata, Anwar dan Mohd Shafie tetap menjadi pilihannya untuk menjawat jawatan tersebut.
Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Bagan itu, sekiranya Anwar tidak mendapat jumlah sokongan yang mencukupi, Shafie perlu diberi peluan dan penghormatan sewajarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Berita Terkini
#calon perdana menteri
#kerajaan Persekutuan
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan