awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Gelombang Hitam tawar 17 calon, yakin beri dimensi baharu kepada politik negara

Assim Hassan
Assim Hassan
07/11/2025
08:30 MYT
PRN Sabah: Gelombang Hitam tawar 17 calon, yakin beri dimensi baharu kepada politik negara
Verdon (tengah) percaya walaupun bertanding sebagai calon bebas, ini memberikan satu dimensi baharu dalam politik negara. - Foto Gelombang Hitam
KUALA LUMPUR: Penyertaan calon-calon daripada gerakan Gelombang Hitam adalah untuk menyuburkan demokrasi yang diamalkan di Malaysia mahupun di Sabah.
Ahli Parlimen Kudat yang juga mengetuai gerakan Gelombang Hitam Datuk Verdon Bahanda percaya walaupun bertanding sebagai calon bebas, ini memberikan satu dimensi baharu dalam politik negara.
"Dimensi yang saya maksudkan ini adalah sesuatu yang baharu bagaimana kita boleh menyatukan calon-calon ini yang bebas daripada kongkongan mana-mana pihak dan kuasa yang akhirnya menjadi pemangkin kepada kepentingan rakyat yang sebenar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam kenyataan itu, Verdon memaklumkan, Gelombang Hitam akan bertanding di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).
Antaranya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapor; Limbahau; Membakut; Inanam; Sugut; Kemabong; Pintasan dan Kepayan.
Beliau memaklumkan, calon-calon Gelombang Hitam ini adalah terdiri daripada 15 calon baharu manakala beliau dan seorang lagi calon pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
"Kebanyakan calon-calon ini terdiri daripada golongan di bawah 50 tahun dan saya rasa ini adalah satu pembaharuan dari segi energi sebagai barisan kepimpinan yang ada di Sabah sekali gus calon yang mempunyai kaliber dan pengetahuan luas dalam politik mahupun bidang-bidang tertentu," katanya.
Malah, pihaknya telah memuktamadkan dokumentasi-dokumentasi yang diperlukan dan telah selepas menyempurnakan segala keperluan diperlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Setakat petang ini, kita telah memuktamadkan keseluruhan dokumentasi, kita bergerak ke SPR untuk membuat pembayaran semua wang pertaruhan dan pembayaran diperlukan," katanya.
Topic Berkaitan
#Gelombang Hitam
#Politik Sabah
#Ba undi kamu
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan