awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: GRS tanding kerusi dipersetujui dengan PH, perlu hormat perjanjian - Masidi

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2025
10:10 MYT
PRN Sabah: GRS tanding kerusi dipersetujui dengan PH, perlu hormat perjanjian - Masidi
Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) menegaskan bahawa sikap saling menghormati perjanjian adalah penting bagi mengekalkan perpaduan dalam gabungan GRS-PH.
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding dan berpegang teguh kepada kerusi yang diputuskan melalui perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan bahawa sikap saling menghormati perjanjian adalah penting bagi mengekalkan perpaduan dalam gabungan GRS-PH.
Menurutnya, rundingan agihan kerusi antara GRS dan PH dilakukan dengan penuh keikhlasan selain mesti dihormati semua pihak termasuk UPKO.
"UPKO adalah sebahagian daripada PH. Oleh itu kami menjangkakan semua pihak akan menghormati perjanjian (agihan kerusi) yang dicapai.
"Jika mereka (UPKO) tidak berbuat demikian ia akan membuka ruang kepada pertembungan lebih besar," katanya Ketika diminta mengulas mengenai laporan UPKO berhasrat bertanding di beberapa kerusi milik GRS termasuk Kiulu, Tamparuli dan Limbahau.
Ditanya sama ada akan berlaku pertembungan bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) pada 29 November nanti, Masidi menjelaskan apa sahaja boleh berlaku dalam politik.
"Jika kita sudah bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan.
"Sekiranya kita terus bergaduh, ia memberi peluang kepada pihak lawan untuk menang," katanya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Agihan kerusi GRS PH
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#pertembungan kerusi
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan