awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Hajiji terkejut tiga pertindihan kerusi dengan BN

Assim Hassan
Assim Hassan
10/09/2020
13:13 MYT
PRN Sabah: Hajiji terkejut tiga pertindihan kerusi dengan BN
Hajiji akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pemimpin BN mengenai perkara itu.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, tidak mengetahui lebih awal mengenai kemungkinan pertembungan tiga kerusi Pakatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau terdahulu mengumumkan senarai calon PN yang akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN hujung bulan ini.
Majlis itu turut disertai pemimpin parti kompenan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan pertembungan di kerusi DUN Paginatan, Tulid dan Sook itu, Hajiji kelihatan agak terperanjat dan memberitahu tidak dapat mengesahkannya.
"Saya belum dapat mengesahkan calon daripada UMNO (BN) itu… Saya tidak boleh jawab perkara ini sebab saya tiada senarai dan tak dengar sekali pun berita ini, kita tengok macam mana," katanya.
Sementara itu, Hajiji menjelaskan hampir 60 peratus calon PN pada PRN kali ini adalah muka baharu.
Katanya, tenaga baharu dan anak muda ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN dan BN memenangi PRN Sabah sekali gus mentadbir negeri ini.
"Muka baharu hampir 60 peratus... kita tampilkan muka baharu bagi tenaga yang kuat untuk PN menang dengan bergaya pada PRN Sabah kali ini," katanya.
Senarai calon PN pada PRN Sabah ke-16
Bersatu
1) Tanjung Kapor - Norlizah Gurahman 2) Bandau - Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda 3)Pintasan - Fairuz Renddan 4) Sulaman - Datuk Seri Hajiji Mohd Noor 5) Petagas - Datuk Arsit Sedi 6) Kawang - Datuk Ghulam Haidar Bahadar 7) Membakut - Datuk Mohd Arifin Mohd Arif 8) Klias - Datuk Isnin Aliasnih 9) Kuala Penyu - Datuk Limis Jury 10)Karanaan - Datuk Seri Masidi Manjun 11) Nabawan - Datuk Abd Ghani Yassin 12) Labuk - Samad Jambri 13) Segama - Aljen Johnny 14) Silam - Datuk Abd Hakim Gulam Hassan 15) Senallang - Norazman Utoh Naim 16) Bugaya - Daud Tampakong 17) Apas - Datuk Nizam Abu Bakar Titingan 18) Merotai - Mohamad Jalani Chachu 19) Sebatik - Datuk Muis Picho 20) Tambunan: Datuk Dr Jefrey Kitingan 21) Bingkor: Robert Tawik 22) Sook: Datuk Ellron Angin 23) Paginatan: Datuk Abidin Madingkir 24) Liawan: Datuk Annuar Ayub 25) Moyog: Joseph Sulaiman 26) Tulid: Eviretus Kunkit 27) Sri Tanjung: Fung Ling Fui 28) Luyang: Gee Tien Siong 29) Tanjung Papat: Yong Chie Man
Topic Berkaitan
#anak
#Barisan Nasional
#Bersatu
#Hajiji
#Malaysia
#pilihan raya
#PPBM
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan