awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Jentera GRS diseru bawa semangat rumah kita, kita jaga ketika dekati rakyat

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2025
06:56 MYT
PRN Sabah: Jentera GRS diseru bawa semangat rumah kita, kita jaga ketika dekati rakyat
Nizam (gambar) ketika mesyuarat Biro Penerangan Gagasan Rakyat pada Selasa. - Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu membawa semangat rumah kita, kita jaga ketika turun padang bertemu rakyat di peringkat akar umbi.
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini kerana istilah rumah kita itu adalah tanggungjawab seluruh rakyat Sabah untuk menjaga tanah air ini.
Beliau menyeru semua jentera membawa mesej jaga Sabah dengan tekad memastikan negeri ini terus stabil maju dan bersatu di bawah panji GRS.
"Empat teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United mesti kita hidupkan dalam setiap langkah dari rumah ke rumah dan dari hati ke hati rakyat.
"Jangan lupa semangat baharu kita ialah Sabah Tanah Airku. Ini bukan sekadar slogan tetapi tanda cinta dan kesetiaan kita kepada bumi Sabah. Mari kita gerakkan jentera pilihan raya GRS ini dengan semangat yang sama seperti dulu. Kita jaga rumah kita, kita jaga Sabah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada Ahad, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Jentera Pilihan Raya gabungan itu di Kota Kinabalu.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menyifatkan momentum jentera GRS di setiap bahagian ketika ini berada pada tahap yang sangat memberangsangkan menjelang PRN17.
Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh jentera parti sepanjang majlis pelancaran jentera pilihan raya hari ini menjadi petunjuk jelas kesiapsiagaan mereka untuk menghadapi pilihan raya.
Pada PRN17, GRS dan PH menjalin kerjasama, dengan PH dilaporkan berhasrat untuk bertanding di 22 atau 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Rumah Kita Kita Jaga
#Gagasan Rakyat
#Pilihan Raya Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan