awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Kolaborasi BN-PH 'dikunci' - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/07/2025
13:05 MYT
PRN Sabah: Kolaborasi BN-PH 'dikunci' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan gabungan itu sudah 'mengunci' kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kongsi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. - FB Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan gabungan itu sudah 'mengunci' kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kongsi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama politik di negeri berkenaan.
"Kita sudah memuktamadkan perkongsian kolaborasi antara BN dan PH telah dikunci sebagai rakan kongsi di PRN Sabah. Sementara PH dan GRS adalah satu kesepakatan bersama antara mereka yang juga dimuktamadkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN juga terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain di negeri itu, bagi memastikan kemenangan.
"Kita akan terus membuka pintu kerjasama BN-PH dengan parti-parti ataupun gabungan-gabungan lain di Sabah, dan kita lakukan ini dengan semangat kemurnian demokrasi dalam PRN nanti," ujarnya.
PRN Sabah dijangka menjadi medan penting bagi menguji kekuatan gabungan Kerajaan Perpaduan, selain menjadi indikator sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
DUN Sabah bagi penggal ke-16 akan terbubar sendiri pada akhir Oktober depan selepas genap tempoh lima tahun.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan GRS akan meneruskan kerjasama politik dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hajiji Noor
#Barisan Nasional
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan