awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Lima ADUN STAR kekal bersama GRS, sokong Hajiji

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/10/2025
13:46 MYT
PRN Sabah: Lima ADUN STAR kekal bersama GRS, sokong Hajiji
Empat ADUN daripada STAR (dari kiri) Flovia, Anuar, Ellron dan Madingkir dilihat hadir pada majlis pertemuan bersama Datuk Seri Hajiji (tengah) Noor di Menara Kinabalu semasa pengumuman pembubaran DUN pada Isnin. - Foto GRS
KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini menegaskan pendirian mereka untuk terus kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ringkasan AI
  • Lima ADUN STAR menegaskan akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
  • Mereka menekankan kepentingan kestabilan politik dan pembangunan negeri demi rakyat Sabah.
  • Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata keputusan mengenai status lima ADUN itu akan dibuat selepas mesyuarat parti.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka menegaskan bahawa kestabilan politik negeri serta kesinambungan pembangunan harus menjadi keutamaan demi kepentingan rakyat Sabah.
"Dengan demikian, kami berpegang kepada mandat serta kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kami," kata mereka dalam kenyataan bersama itu.
Lima ADUN terbabit adalah Datuk Ellron Angin (Sook), Datuk Robert Tawik (Bingkor), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Annuar Ayub (Liawan), serta Datuk Flovia Ng (Tulid).
Mengulas lanjut, mereka berkata pihaknya percaya bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju parti wajar dibincangkan secara teliti demi kepentingan rakyat dan negeri.
Sehubungan itu, mereka berikrar untuk terus mempertahankan kerusi masing-masing atas lambang GRS sebagai tanda setia kepada mandat rakyat serta komitmen kepada kestabilan negeri.
Terdahulu, Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan memaklumkan parti itu memberikan tempoh sehingga esok kepada lima ADUN terbabit, untuk menyatakan pendirian mereka selepas menyatakan sokongan kepada GRS.
Ditanya sama ada status lima ADUN tersebut tergugur daripada STAR, Jeffrey memaklumkan bahawa keputusan rasmi hanya akan dibuat selepas mesyuarat parti yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#ADUN STAR sokong GRS
#Hajiji Noor
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan