awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anna’s Archive disaman AS$13 trilion oleh Spotify dan tiga syarikat muzik utama
Pentagon, Anthropic bertelagah isu penggunaan AI untuk senjata, pemantauan domestik
Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Menang majoriti mudah, Warisan tadbir kerajaan negeri sendiri tanpa bergabung

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2025
13:54 MYT
PRN Sabah: Menang majoriti mudah, Warisan tadbir kerajaan negeri sendiri tanpa bergabung
Bagaimanapun Shafie (gambar) menyerahkan kepada pengundi dan rakyat Sabah untuk membuat keputusan. - FB @Shafie Apdal
KENINGAU: Parti Warisan akan membentuk kerajaan negeri sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana parti jika parti itu menang dengan hanya majoriti mudah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu kekal konsisten dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti luar termasuk dari Semenanjung.
Hal ini menurutnya demi menjaga kepercayaan rakyat Sabah terhadap keutuhan politik tempatan.
"Kita (Warisan menang) simple majoriti, kita akan tadbir (kerajaan negeri) sendiri. Kita perlu meneruskan perkara ini dan konsisten (tidak bergabung)... tidak bererti cukup tidak cukup (kerusi) terus kita bergabung.
"Bagaimana rakyat Sabah boleh percaya dengan kita? Hari ini kita menyatakan kita tidak mahu bergabung, selepas itu kita bergabung pula dengan parti-parti dari Semenanjung," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu majlis Jelajah Inspirasi DSSA di Kampung Skim Pemalan Tetiku, Keningau.
Bagaimanapun Shafie menambah, gabungan di peringkat Persekutuan tidak mempunyai masalah.
Sebaliknya dakwa beliau di Sabah, ia perlu ditadbir oleh parti tempatan.
Selain itu, Ahli Parlimen Semporna itu menyerahkan segalanya kepada pengundi dan rakyat Sabah untuk menilai serta menentukan seterusnya membuat keputusan.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Warisan menang
#Parti Warisan
#Warisan tadbir kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan