awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Semua parti bertanding, PRN kali ini setaraf PRU

Petrus Bernard
Petrus Bernard
05/09/2020
11:57 MYT
PRN Sabah: Semua parti bertanding, PRN kali ini setaraf PRU
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Jaujan Sambakong berkata keadaan ini jarang berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan selama lebih dari 60 tahun. - Foto Astro AWANI
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini disifatkan setanding dengan Pilihan Raya Umum (PRU).
Walaupun dilaksanakan di peringkat negeri, namun ia amat unik kerana setiap parti yang ada di negara ini terlibat dalam PRN kali ini.
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Jaujan Sambakong berkata keadaan ini jarang berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan selama lebih dari 60 tahun.
"Kita sudah 60 tahun lebih merdeka, kali ini saya melihat pilihan raya negeri ini merupakan pilihan raya peringkat nasional, walaupun berlaku di negeri Sabah tapi pilihan raya ini gambaran dia (seperti) pilihan raya umum.
"Ini kerana ia melibatkan parti-parti yang memerintah negara kita termasuk UMNO, PAS, Bersatu dan lain lagi. Ini yang saya katakan, ini pilihan raya peringkat nasional," katanya.
Akui banyak cabaran yang terpaksa ditempuh Warisan sebagai parti baharu, namun beliau yakin Warisan akan memenangi PRN ini berdasarkan momentum baik yang ditunjukkan pejuang dan ahli Warisan.
"Sudah tentu tidak mudah bagi parti Warisan yang baru, ia orang kata baru 26 bulan memerintah negeri Sabah berhadapan dengan cabaran ini.
"Saya cukup yakin bila melihat semalam saya dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) di Sandakan seharian suntuk dari pagi sampai ke petang, semangat orang kita, pejuang-pejuang kita saya tengok semakin meningkat," ujarnya.
Jaujan turut mengingatkan rakyat Sabah supaya membuat pilihan tepat demi memastikan hak rakyat Sabah dapat dipertahankan.
Beliau berkata demikian semasa ditemui Astro AWANI selepas merasmikan Majlis Bersama Pemimpin Anak Negeri di Dewan Calvari Tawau di sini pada Sabtu.
Jaujan turut menyaksikan kemasukan lima cawangan baharu yang melibatkan lebih 700 ahli daripada beberapa ahli parti lawan yang menzahirkan sokongan kepada Warisan.
Topic Berkaitan
#jaujan sambakong
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRN Sabah
#PRU
#Sabah Memilih
#Shafie Apdal
#Tawau
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan