Ringkasan AI
- Perikatan Nasional memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencabar tindakan ROS berhubung status pendaftaran gabungan itu.
- Lima setiausaha agung parti komponen PN menjadi pemohon, manakala Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri dinamakan sebagai responden.
- Permohonan ini susulan notis ROS yang menggantung aktiviti PN selepas aduan rasmi Bersatu mengenai keanggotaan dan mesyuarat gabungan tersebut.
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bagi mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung status pendaftaran gabungan politik itu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata permohonan itu difailkan lima setiausaha agung parti komponen gabungan berkenaan sebagai pemohon.
Katanya, mereka terdiri daripada beliau sendiri selaku Setiausaha Agung PN dan PAS; Wong Chia Zhen, Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan); Satish Kumar, Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party (MIPP); Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara; dan Datuk Sazmi Miah, Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
"Responden-respondennya adalah dua iaitu Datuk Muhammad Zulfikar Ahmad, selaku Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selaku Menteri Dalam Negeri," katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen, di sini, pada Isnin.
Takiyuddin berkata antara relif yang dipohon dalam permohonan berkenaan ialah perintah certiorari bagi membatalkan notis yang dikeluarkan ROS terhadap PN.
Beliau berkata, PN turut memohon deklarasi berhubung kesahan notis dan perintah yang dikeluarkan di bawah Subseksyen 13(2) dan 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.
"Notis pertama bertarikh 22 September lalu dikeluarkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 dan meminta PN memberikan penjelasan kepada ROS sehingga memuaskan hati ROS supaya cadangan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional tidak boleh dibuat," katanya.
Takiyuddin berkata, PN sebelum ini melalui peguam gabungan itu telah menghantar surat kepada RoS pada 24 September bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Ketua Pengarah jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, PN sekali lagi menghantar surat pada 28 September bagi mendapatkan penjelasan mengenai status gabungan itu termasuk hak dan kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Permohonan certiorari adalah antara remedi yang boleh dipohon melalui proses semakan kehakiman bagi mencabar dan memohon pembatalan sesuatu keputusan, tindakan atau perintah yang dibuat oleh badan berkuasa.
Pada 23 September lalu, ROS menggantung semua aktiviti PN susulan notis yang dikeluarkan kepada gabungan itu sehari sebelumnya.
ROS sebelum ini menjelaskan notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jabatan itu turut menjelaskan notis berkenaan bukan keputusan membatalkan pendaftaran PN, sebaliknya memberi ruang kepada gabungan berkenaan mengemukakan penjelasan dalam tempoh yang munasabah.
Perkembangan itu berlaku susulan aduan rasmi yang dikemukakan Bersatu kepada ROS pada 11 Ogos lalu.
Aduan berkenaan antara lain membabitkan dakwaan Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai, selain isu berkaitan kedudukan dan keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)?
A: PN memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan ROS berhubung status pendaftaran gabungan politik itu dan membatalkan notis yang dikeluarkan terhadap PN. - Q: Siapakah yang menjadi pemohon dalam permohonan semakan kehakiman ini?
A: Pemohon terdiri daripada lima setiausaha agung parti komponen PN iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN dan PAS), Wong Chia Zhen (Gerakan), Satish Kumar (MIPP), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Parti Wawasan Negara), dan Datuk Sazmi Miah (Pejuang). - Q: Apakah tujuan notis yang dikeluarkan oleh ROS kepada PN pada 22 September?
A: Notis tersebut bertujuan meminta PN memberikan penjelasan kepada ROS berhubung aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan memberi ruang kepada PN untuk mengemukakan penjelasan dalam tempoh munasabah. - Q: Apakah aduan yang dikemukakan oleh Bersatu kepada ROS?
A: Aduan Bersatu melibatkan dakwaan tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta isu berkaitan kedudukan dan keanggotaan parti itu dalam gabungan PN. - Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh PN selepas menerima notis daripada ROS?
A: PN melalui peguam telah menghantar surat kepada ROS pada 24 dan 28 September untuk mendapatkan penjelasan mengenai status gabungan serta hak dan kelayakan bertanding dalam pilihan raya.