awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Shafie Apdal, Hajiji dicabar anak saudara sendiri

Bernama
Bernama
12/09/2020
11:19 MYT
PRN Sabah: Shafie Apdal, Hajiji dicabar anak saudara sendiri
Hajiji dan Shafie akan dicabar anak saudara sendiri pada PRN Sabah.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September ini menyaksikan dua calon nama besar yang mempertahan kerusi mereka bakal berentap dengan anak saudara lelaki masing-masing.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), dicabar oleh anak saudaranya Norazman Utoh Nain daripada Perikatan Nasional (PN) di Senallang.
Mohd Shafie turut dicabar oleh Datu Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).
Ini bukan kali pertama Mohd Shafie 'berentap dengan ahli keluarga sendiri' kerana beliau pernah berdepan pertarungan satu lawan satu dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran (BN) di kawasan sama semasa pilihan raya umum lepas.
Dalam satu lagi 'pertembungan membabitkan ahli keluarga,' penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman selama enam penggal iaitu Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut dicabar oleh anak saudaranya Datuk Aliasgar@Ali Ashgar Basri daripada Warisan.
"Beliau pak cik saya tetapi fahaman politik kami berbeza dan perjuangan harus diteruskan," kata Aliasgar ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.
Seorang lagi calon yang bertanding di kawasan itu ialah Datuk Rekan Hussien daripada Parti Cinta Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#Barisan Nasional
#Hajiji
#Ketua Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#presiden
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#saudara
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan