awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Buli: Dua lagi pelajar MSRM Besut direman
MALAYSIA
Kandungan terlarang: 'Telegram ada 1 bilion akaun, pekerja hanya 50 orang' - Fahmi
DUNIA
AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

PRN Sabah: UMNO perkemas Akuan Bersumpah, ambil kira situasi semasa - Asyraf

Bernama
Bernama
28/06/2025
02:00 MYT
Sponsor Banner
PRN Sabah: UMNO perkemas Akuan Bersumpah, ambil kira situasi semasa - Asyraf
UMNO sedang memperkemas dokumen Akuan Bersumpah dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang, kata Asyraf Wajdi. - Gambar fail Astro AWANI
MACHANG: UMNO sedang memperkemas dokumen Akuan Bersumpah (SD) dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diperhalusi barisan peguam termasuk Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
"PRN Sabah kita akan guna templat yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan. Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam Pilihan Raya Umum lepas sebenarnya mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2025 di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini yang membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRN Sabah
#akuan bersumpah
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami