awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Warisan masih punyai sokongan masyarakat KDMR - Shafie Apdal

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2025
10:05 MYT
PRN Sabah: Warisan masih punyai sokongan masyarakat KDMR - Shafie Apdal
Shafie Apdal (tengah) berkata, keyakinan itu disandarkan hasil trek rekod parti itu yang menyantuni semua kaum di Sabah Ketika mentadbir kerajaan negeri walaupun hanya 22 bulan. - Foto Parti Warisan
KUNAK: Parti Warisan mendakwa masih mempunyai sokongan daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) terutama di Pedalaman Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keyakinan itu disandarkan hasil trek rekod parti itu yang menyantuni semua kaum di Sabah Ketika mentadbir kerajaan negeri walaupun hanya 22 bulan.
"Sokong masih lagi teguh. (DUN) Liawan, Melalap dan Limbahau kita menang. Di Penampang kita menang. Kita juga ada wakil di Kimanis. Siapa kata Warisan tiada (sokongan) KDMR.
"Semalam saya di Keningau bertemu dengan Bishop dan penganjur acara mengatakan sayalah pemimpin Sabah yang kami hargai kerana meluluskan cuti umum satu hari pada Hari Krismas selain sering memberi bantuan kepada rumah ibadat," katanya.
Beliau berkata demikian Ketika Jelajah Inspirasi DSSA Bersama rakyat Kunak di Kunak pada Ahad.
Sementara itu, Warisan akan mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Jelas Shafie, tiada istilah untuk merampas semula kerusi DUN itu kerana umum mengetahui kerusi tersebut adalah milih Parti Warisan yang dimenangi pada PRN lalu.
Pada PRN Sabah Ke-16, Norazlinah Arip yang mewakili Warisan menang dengan majoriti 589 undi dalam pertembungan enam penjuru.
Norazlinah yang kemudian meninggalkan Warisan dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menewaskan Halid Harun daripada Barisan Nasional yang memperoleh 3,272 undi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Warisan sokongan KDMR
#Warisan
#PRN Sabah
#pengundi pedalaman Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan