awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: UMNO perlu tampil dengan imej baharu - Shamsul Anuar
MALAYSIA
Seorang lelaki ditemukan mati akibat ditembak
MALAYSIA
Malaysia komited tingkat kerjasama ASEAN perkukuh statistik rasmi - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRN Sabah: Warisan tanding solo, guna logo sendiri

Bernama
Bernama
21/05/2025
10:15 MYT
PRN Sabah: Warisan tanding solo, guna logo sendiri
Warisan konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah dan berpendapat gabungan politik bukanlah penyelesaian kepada kemakmuran negeri.
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) sekali lagi menegaskan akan bertanding secara solo dengan menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Ringkasan AI
  • Warisan Bertanding Secara Solo: Parti Warisan menegaskan bahawa mereka akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 tanpa menyertai mana-mana gabungan politik, dengan fokus kepada perjuangan untuk hak dan masa depan rakyat Sabah.
  • Pendekatan Politik & Persiapan PRN: Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr, menyatakan bahawa partinya konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah dan berpendapat gabungan politik bukanlah penyelesaian kepada kemakmuran negeri.
  • Pembubaran DUN & Laluan ke PRN: Penggal lima tahun DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November 2025, membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 untuk memilih kepimpinan baharu negeri.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua Jr mengesahkan bahawa partinya tidak bersama mana-mana gabungan politik bagi menghadapi PRN ke-17 berkenaan.
Beliau berkata parti itu sejak awal konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah, dan berpendapat gabungan politik bukan jawapan untuk kemakmuran Sabah kerana masa depan negeri itu memerlukan satu gerakan yang tegas dan berteraskan rakyat.
"Parti Warisan sedang giat membuat persiapan menghadapi PRN Sabah. Pendirian kami jelas iaitu gabungan Warisan ialah bersama rakyat. Kami tidak akan terlibat dalam permainan politik yang sedang berlaku, perjuangan kami adalah demi hak dan masa depan rakyat Sabah.
"Pilihan raya kali ini adalah tentang memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Sabah dan bukan mereka yang hanya pandai bermain politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terbubar automatik pada 11 Nov ini, iaitu penggal itu bermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah selepas PRN Sabah Ke-16, disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020.
Pembubaran DUN Sabah Ke-16 bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Warisan
#bertanding solo
#PRN Sabah
#Loretto Padua Jr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami