POLITIK
PRN Sabah: Zahid nafi khabar angin kepimpinan UMNO Sabah akan diganti

Zahid (tengah) selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan. - Astro AWANI
SANDAKAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa kepimpinan pusat akan menggantikan barisan tertinggi UMNO Sabah seperti yang tersebar kebelakangan ini.
Ringkasan AI
- Presiden UMNO menegaskan tiada rancangan menukar barisan tertinggi UMNO Sabah, menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin yang memecah-belahkan parti.
- Zahid menyatakan semua isu dalaman telah diselesaikan dan menolak sebarang usaha pihak luar yang cuba menggugat kestabilan parti.
- Pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan telah dipersetujui, namun rundingan PH dengan pihak lain bukan tanggungjawab BN.
Zahid berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan malam tadi yang turut dihadiri Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama pimpinan UMNO-BN dari seluruh negara.
Beliau turut memaklumkan bahawa Barisan Nasional kini telah memuktamadkan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRN Sabah.
Namun, sebarang rundingan lain oleh Pakatan Harapan dengan mana-mana pihak lain adalah di luar tanggungjawab Barisan Nasional, tegasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami