DARO: Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini membayangkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad bakal dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Abang Johari berkata Safiee telah berkhidmat dengan baik pada penggal ini dan tiada sebab beliau tidak boleh dicalonkan semula.
"Kawasan Daro ini diwakili PBB, saya lihat bahawa wakil di Daro ini telah bekerja dengan baik. Jadi tidak salah untuk kita mencalonkan beliau semula pada pilihan raya negeri akan datang," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Daro di sini.
Ketika berucap, Abang Johari berkata beliau percaya rakyat Sarawak secara umumnya berkehendakkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kuat untuk menerajui negeri itu ke arah mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Beliau berkata di Daro, banyak pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan Jambatan Batang Lassa yang bernilai RM2 bilion bagi menghubungkan daerah itu dengan kawasan Sarikei dan Sibu.
Katanya Kerajaan Negeri Sarawak juga telah mengenal pasti industri pertanian dan agrikultur untuk dibangunkan di daerah itu.
Abang Johari berkata bagi membolehkan industri itu dilaksanakan pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-12, infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air perlu dibangunkan.
"Ini dapat dilakukan bukan kerana saya tetapi kerana sokongan yang anda berikan kepada PBB dan juga GPS," katanya sambil menyeru pengundi Daro agar terus bersatu padu dan kekal menyokong parti itu.
Terdahulu, Abang Johari menghadiri majlis perasmian Masjid Al-Muhsiniin oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid daerah Daro itu bersama penduduk tempatan.
Beliau kemudian melakukan upacara pecah tanah projek Bandar Baru Daro Fasa 2 dan merasmikan Medan Selera Daro.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021

Abang Johari berkata Safiee telah berkhidmat dengan baik pada penggal ini dan tiada sebab beliau tidak boleh dicalonkan semula. - fotoBERNAMA

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Perwakilan sebulat suara setuju Abang Jo kekal Presiden PBB
Kesemua cawangan PBB sebulat suara mencapai keputusan memberikan jawatan nombor satu parti tersebut kepada Abang Jo tanpa bertanding untuk Mesyuarat Agung Triennial (TGM) pada Jun depan.

PBB wujud sayap baharu untuk golongan belia
Ia bagi memberi peluang kepada golongan beliau untuk bersama-sama berkhidmat kepada kesejahteraan negeri Sarawak.

PRN Sarawak: Ini masanya melatih anak muda untuk memimpin - Uggah
Uggah menganggap PRN Sarawak kali ini platform bagi melatih generasi baharu untuk menerajui kepimpinan negeri.

PRN Sarawak: Jentera PBB Tupong bersedia, tunggu SOP kempen -Fazzrudin
PBB DUN Tupong kini hanay menanti prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak untuk menggerakkan jentera kempennya secara aktif untuk bertemu rakyat.

PRN Sarawak: Tiada istilah selesa, GPS sentiasa kerja keras
Meskipun dilihat sebagai pilihan, GPS tidak boleh terlalu selesa sebaliknya perlu bekerja keras bagi memenangi hati rakyat yang bakal memberi mandat baharu bagi pembentukan kerajaan negeri Sarawak.

PRN Sarawak: GPS bakal tampilkan calon muda - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari Tun Openg sahkan GPS akan memperkenalkan satu, dua atau tiga calon muda dalam PRN Sarawak.

Lumrah pembangkang sentiasa cetus isu - Awang Tengah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata semasa darurat dikuatkuasakan di negeri berkenaan, pembangkang menuduh kerajaan negeri cuba berselindung di sebalik kuasa darurat.

PRN Sarawak: Wanita PBB ada 'senjata' rahsia
Jentera PBB perlu bijak mengadaptasi keadaan semasa dalam persedian menghadapi cabaran ketika PRN Sarawak berlangsung nanti.

PRN Sarawak: GPS tampil 20 peratus calon muka baharu - Abdul Karim
Naib Presiden PBB beri bayangan bahawa lebih 20 peratus calon muka baharu yang turut melibatakn calon belia bakal ditampilkan GPS dalam mendepani Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

PRN Sarawak: Terdapat calon wanita yang tidak dinamakan semula - Fatimah
Jelas Fatimah, faktor kesihatan antara sebab utama calon tidak dinamakan semula.