awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak bakal beri tekanan PRU15 diadakan lebih awal - Penganalisis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/12/2021
06:15 MYT
PRN Sarawak bakal beri tekanan PRU15 diadakan lebih awal - Penganalisis
Mujibu Abd Musi berkata, indikator itu sudah dilihat di PRN Melaka baru-baru inui dan barangkali Sarawak menjadi 'final frontier' kepada penyandang. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dilihat menjadi indikator penting yang bakal memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal.
Penganalisis yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Musi berkata, indikator itu sudah dilihat di PRN Melaka baru-baru ini dan barangkali Sarawak menjadi final frontier kepada penyandang.
"PRN Sarawak bakal membawa kepada tekanan kepada peringkat Pusat untuk mengadakan PRU lebih awal kerana indikator itu sudah dilihat di Melaka dan Sarawak mungkin menjadi final frontier terutamanya kepada penyandang," katanya dalam temubual khas bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mujibu berpendapat, sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS), iaitu rakan kerajaan menunjukkan prestasi cemerlang pada kali ini, maka ia akan memberi tekanan kuat dan kerap kepada kepimpinan untuk mengadakan PRU15.
"Sudah tentu ia akan memberi (kesan) pola di peringkat nasional dalam dua perspektif iaitu pilihan raya Persekutuan di peringkat negeri dan yang paling saya nantikan adalah dinamika politik dalam UMNO sendiri.
"Ini kerana Perdana Menteri tidak lagi Presiden UMNO dan Presiden adalah orang yang akan mendatangani watikah. Jadi kita akan menyaksikan dinamika itu di UMNO," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PRU15
#PRN Melaka
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan