awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Chieng Jen bertembung Dr Sim di DUN Batu Kawa?

Afiezul Samit
Afiezul Samit
26/11/2021
08:37 MYT
PRN Sarawak: Chieng Jen bertembung Dr Sim di DUN Batu Kawa?
Chieng Jen (kiri) ketika menyampaikan watikah pelantikan calon di Ibu Pejabat DAP Sarawak pada Jumaat. - Astro AWANI.
KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa yang menjadi menjadi kubu kuat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mungkin akan menjadi pertaruhan Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.
Sekiranya Chieng Jen beralih ke kerusi DUN Batu Kawa, DAP sudah pasti akan menempatkan orang baharu di DUN Kota Sentosa yang dipegang Chieng Jen sejak 2006.
“Persoalan di sini sama ada saya bertanding di Batu Kawa?, jawapan saya kemungkinan itu ada,” kata Chieng Jen ringkas ketika ditanya pemberita.
Senario ini akan memperlihatkan pertembungan antara Pengerusi DAP Sarawak dengan Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Batu Kawa merupakan kawasan majoriti masyarakat Cina yang terletak di bahagian Kuching.
Pada PRN11, Dr Sim menang dengan majoriti 2,085 menewaskan calon DAP Christina Chiew Wang See dan calon bebas, Liu Thian Leong.
Manakala Chieng Jen telah mewakili DUN Kota Sentosa selama tiga penggal sejak 2006 dan pada PRN11 beliau terus mendominasi kawasan itu tiga penggal berturut-turut menewaskan calon SUPP, Yap Yau Sin.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Chong Chieng Jen
#DUN Batu Kawa
#pertembungan pemimpin Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan