Calon PAS bukan Islam, Clement Bayang, 59, menyifatkan beliau mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang selama ini diduduki Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, sejak tiga tahun berkempen bersama parti Islam itu, penduduk di Kakus yang kebanyakan berbangsa Iban mula menerima dan memahami perjuangan yang dibawa PAS.
"Selalu juga saya kempen di rumah-rumah panjang bahawa dan saya menjelaskan bahawa PAS ini merupakan satu platform yang betul-betul berkesan.
"Ini kerana parti-parti lain nampaknya tidak bergerak dari awal. Cuma bila sampai waktu pilihan raya baru mula mendekati rakyat. Bagi saya itu tidak berkesan. Jadi saya pilih PAS.
"Selama saya dengan PAS saya rasa betul-betul tenteram," katanya selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Kakus oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini pada Rabu.
Beliau yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak berkata, PAS Pusat dan negeri telah memberi banyak sokongan kepadanya serta bersama-sama turun padang dan menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama di Kakus.
Tidak berseorangan
"Kita kerja bukan seorang. Dalam PAS ini anggota memang banyak sama ada dari Semenanjung dan di sini. Kita tidak rasa berseorangan.
"Sebagai calon, kita mesti membawa isu bersama dengan hujah yang matang dan informasi yang tepat. Itu yang saya yakin pada pilihan raya kali ini," kata Clement yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini di DUN Kemena.
Sementara itu, bagi calon tunggal muslimat PAS, Hamidah Mokhtar, 26, beliau akan memperjuangkan hak wanita terutama ibu tunggal.
Malah, beliau tidak melihat usia muda menjadi penghalang kepadanya untuk mendekati penduduk di DUN yang ditandinginya, Beting Maro.
"Saya harap pengundi wanita di Sarawak keluar mengundi dan tunaikan hak mereka. Ia penting untuk hak mereka diperjuangkan terutama seperti isu-isu yang dialami ibu tunggal.
"Rasanya wanita tidak ada masalah untuk mendekati pengundi, sebaliknya kami lebih mudah untuk mendekati pengundi kerana kami lebih mudah ke dapur dan lebih mesra," katanya.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan merupakan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Apr 07 2016
CLEMENT: Selalu juga saya kempen di rumah-rumah panjang bahawa dan saya menjelaskan bahawa PAS ini merupakan satu platform yang betul-betul berkesan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRN Sarawak: Azmin akui berdepan cabaran, namun harap PKR menang besar
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata PKR perlu mempertimbang isu-isu politik yang sesuai memandangkan demografi di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia.
PRN Sarawak: PKR, DAP belum capai kesepakatan mengenai peruntukan kerusi
Keputusan rundingan yang masih berlangsung mengenai peruntukan kerusi di peringkat kebangsaan dalam Pakatan Harapan adalah tidak sejajar dengan yang diputuskan di peringkat negeri.
PRN Sarawak: Clement Bayang lebih tenteram bersama PAS, yakin tawan kerusi Kakus
Calon PAS bukan Islam berkata, PAS Pusat dan negeri telah memberi banyak sokongan kepadanya serta bersama-sama turun padang.